Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN KEJAM ENAM KANAK-KANAK DI RIAU

    Gambar yang anda sedang lihat ini adalah pelaku yang telah membunuh kejam enam orang kanak-kanak dan seorang lelaki dewasa di Riau, Indonesia dari tahun 2013 hingga 2014. Bayangkan, mayat semua mangsa dikerat termasuklah di bahagian kemaluan mereka. Paling tidak masuk akal, pembunuhan ngeri tersebut dilakukan hanya kerana salah seorang daripada pelaku yang berkeinginan untuk menjadi seorang dukun hebat.

    Baiklah, pelaku utama dikenali sebagai Muhammad Delfi yang sebelum itu tinggal bersama dengan bapanya iaitu Basri Tanjung. Seperkara harus diketahui, Basri merupakan seorang dukun yang terkenal dengan kebolehannya dalam merawat orang sakit dan juga mencari barang hilang. Tidak dinafikan memang ramai orang yang telah pergi berubat dengan Basri. Berbalik tentang Delfi, dia melakukan pelbagai jenis kerja untuk menyara hidup seperti menjadi buruh bangunan dan adakala membantu bapanya menjual sate.  Selain itu, Delfi turut bekerja di sebuah kedai penapis air.

    Diringkaskan cerita yakni pada bulan Februari 2013, Delfi yang berusia 19 tahun waktu tersebut telah bernikah dengan seorang wanita sebaya iaitu Dita Desmala Sari. Walau bagaimanapun, hubungan rumah tangga pasangan yang sudah menjalinkan sejak dari sekolah menengah itu hanya mampu bertahan selama lapan bulan sebelum bercerai. Penceraian tersebut berpunca daripada Delfi yang dikatakan sebagai seorang kaki pukul serta pada masa sama dia mengalami masalah mati pucuk. Jadi pada bulan Julai 2013, Basri telah menyarankan kepada Delfi supaya menjadi dukun. Cumanya ada syarat yang perlu dipenuhi oleh Delfi di mana dia harus meminum darah segar daripada tujuh alat kelamin lelaki berbeza. Paling penting, mangsa yang dipilih Delfi bukanlah mereka yang mempunyai penyakit mati pucuk seperti dirinya. Maka Delfi pun memulakan pembunuhan berantainya bermula pada bulan Julai 2013 dengan bantuan tiga orang individu iaitu Dita serta dua orang lelaki yang bernama Sofian dan Diky. Dita sebenarnya ada menerima ancaman bunuh daripada Delfi jika dia enggan bersubahat sekali dalam melakukan aksi keji berkenaan.

    Jumlah mangsa yang Delfi bunuh secara keseluruhannya adalah seramai tujuh orang. Enam orang daripada mereka merupakan kanak-kanak yang berusia dari 5 hingga 10 tahun manakala baki lagi seorang mangsa adalah seorang lelaki dewasa berusia 40 tahun. Modus operandi Delfi dan rakan-rakannya, mereka akan mengumpan mangsa menuju ke sebuah lokasi terpencil. Di situ, Dita berperanan untuk melakukan godaan lalu membuka seluar mangsa. Kemaluan mangsa kemudian akan digosok-gosok oleh Dita supaya menjadi tegang. Pada saat kemaluan mangsa menegang itulah Sofian bertindak untuk memotong kemaluan mangsa. Sebaik mangsa menjerit kesakitan, mangsa terus dibunuh dengan cara cekikan leher. Sesudah itu, Delfi akan meminum sedikit darah yang menitis dari bahagian kemaluan mangsa.

    Aksi keji Delfi dan rakan-rakannya belum selesai. Mayat mangsa seterusnya akan dikerat dan disiat kulit mereka sebelum dimasukkan ke dalam plastik untuk dijual ke kedai tuak. Terdapat juga laporan yang mendakwa bahawa Delfi dan Dita ada menyimpan alat kemaluan mangsa untuk dijadikan sebagai mainan sekaligus dapat meningkatkan keghairahan mereka berdua sewaktu melakukan hubungan seks. Tidak lama selepas Delfi dapat membunuh tujuh orang lelaki seperti yang disuruh oleh bapanya, ada satu peristiwa yang Delfi tidak duga sama sekali. Bapanya tiba-tiba telah meninggal dunia. Soal penangkapan, Delfi serta mereka yang terlibat akhirnya dapat ditangkap oleh pihak polis pada sekitar bulan Ogos 2014. Tidak dapat dipastikan bagaimana penangkapan tersebut berjaya dilakukan.

    Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes, Diky yang masih berada di bawah umur telah dibebaskan selepas pihak mahkamah memutuskannya tidak bersalah. Namun lain pula ceritanya dengan Delfi, Dita dan Sopian apabila ketiga-tiga mereka dihukum mati. Saksikan sendiri reaksi mereka bertiga selepas mendengar hukuman tersebut di sini : https://youtu.be/aJn-8C15Vcc

Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM ENAM KANAK-KANAK DI RIAU"