Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN KEJAM YEE-MIN HUANG : Dibunuh dan Dikerat Kerana Tiada Dara



IKLAN

💛 BANANA BEAUTY SERUM 🖤

Hi girlss! Jom cantik dengan CUNA Beauty! Korang tau tak apa kelebihan Banana Beauty Serum ni? Banana Beauty Serum ni banyak kelebihan utk skin kita tau. 😉 Antaranya:

🍌 Merupakan ejen botox semulajadi untuk kulit anda. 
🍌 Menghilangkan parut jerawat dan menanggalkan sel kulit mati. 
🍌 Menghaluskan dan mencerahkan kulit wajah. 
🍌 Mengatasi masalah kulit berminyak dan masalah jerawat. 
🍌 Mengurangkan garis kedutan halus pada wajah.

Meh la try Banana Beauty Serum ni. Moist je kulit bila apply serum ni tau. Buleh order kat link ni ya. 👇😉


TAMAT IKLAN


    Cuba fikir sejenak, adakah suami atau teman lelaki anda seorang pendera? Kaki pukul, baran yang melampau dan sering cemburu tidak bertempat? Jika ya, apa lagi ditunggu? Usah biarkan diri terus merana. Sila buat laporan atau bertindak segeralah untuk minta bantuan daripada pihak berkuasa yang berkenaan.

    Baiklah, kisah pembunuhan kejam ini dilaporkan berlaku pada tahun 2018 bertempat di negara Taiwan. Tahun itu, Gary Chu merupakan seorang peninju amatur yang berusia 28 tahun. Setakat yang diketahui tentang latar belakang Gary, dia dikatakan membesar serta mendapat pendidikan di negara Amerika Syarikat. Gary yang pernah berkahwin bagaimanapun mempunyai rekod jenayah yakni pernah terlibat dalam kes rompakan. Disebabkan pengaruh yang dimiliki ibunya, Gary terlepas dari hukuman sebelum dia kembali pulang ke negara Taiwan. Di negara asalnya tersebut, Gary mempunyai rekod penangkapan atas kesalahan menyeludup ganja.

    Kisah sebenar bermula pada 26 Mei 2018 apabila seorang lelaki bernama Francis Huang tampil secara umum bagi meminta bantuan orang ramai untuk mengesan adik perempuannya iaitu Yee-Min Huang (27 tahun) yang gagal untuk dihubungi sejak dari tarikh 19 Mei. Francis mengesyaki bahawa adik perempuannya itu berkemungkinan besar dikurung oleh teman lelakinya tidak lain tidak bukan Gary. Tidak lama selepas kenyataan daripada Francis tersebut, Gary telah memberi maklum balas menerusi satu hantaran status yang dimuatnaiknya di laman media sosial Facebook. Dakwa Gary, dia tidak pernah mencederakan serta mengongkong hidup Yee-Min Huang yang dikenalinya melalui aplikasi laman Tinder. Namun apa yang benar-benar mengecewakan Gary adalah pembohongan Yee-Min Huang mengenai dirinya yang konon masih dara. Pada masa sama, Gary mendakwa bahawa Yee-Min Huang telah berlaku curang dengan menjalinkan hubungan sulit bersama lelaki lain. Tegas Gary lagi, dia pernah cuba untuk memutuskan hubungan toksik tersebut akan tetapi Yee-Min Huang tetap ingin bersamanya.

    Selepas membaca hantaran status Facebook berkenaan, Francis terus meminta bantuan daripada pihak polis untuk melakukan pencarian Yee-Min Huang di apartment Gary. Berdasarkan pemeriksaan awal mendapati Gary dan Yee-Min Huang tiada berada di dalam apartment itu. Rentetan daripada perkara tersebut, maka pihak polis pun meneliti rakaman kamera litar tertutup di kawasan bangunan apartment itu. Hasil rakaman bertarikh 20 Mei jelas menunjukkan Huang ada menaiki tangga menuju ke apartment Gary. Itulah kali kali terakhir Huang dilihat masih hidup. Dua hari berikutnya, Gary keluar dari apartment sambil membawa tujuh bungkusan plastik yang kemudian ditanam di sebuah kawasan taman bunga berdekatan. Tanpa diduga, ketujuh-tujuh plastik tersebut sebenarnya mengandungi sisa-sisa mayat Yee-Min Huang yang telah dikerat halus kepada beberapa bahagian. Tidak jelas bagaimana caranya Gary membunuh Yee-Min Huang.

    Mengenai Gary, dia juga telah ditemui mati pada pagi 28 Mei di mana mayatnya tergantung di dahan sebuah pokok yang berhampiran dengan sebuah hospital. Turut ditemui adalah nota bunuh diri daripada Gary yang bertulis “Dia telah menyakitiku.” Seperkara lagi harus diketahui, terdapat laporan yang melaporkan bahawa Gary telah memakan sebahagian organ dan daging mayat Yee-Min Huang. Cumanya sejauh mana kebenaran tentang perkara ini adalah tidak dapat dipastikan.

    Setelah berita kematian Gary dan Yee-Min Huang tersebar dan menjadi tular di internet, ada seorang bekas teman wanita kepada Gary telah tampil dengan membuat satu perkongsian foto yang menunjukkan kesan kecederaan lebam pada lengan kirinya. Kecederaan itu adalah akibat penderaan yang Gary pernah lakukan kepadanya. Kata wanita tersebut, dia pernah dikurung oleh Gary yang sememangnya seorang lelaki berperwatakan panas baran, kuat cemburu dan pendera.

Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM YEE-MIN HUANG : Dibunuh dan Dikerat Kerana Tiada Dara"