Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

MAUT DIPUKUL TEMAN LELAKI SENDIRI

    KOREA SELATAN – Berita terkini, tular di media sosial  tentang berita kematian seorang wanita yang dipercayai telah menjadi mangsa keganasan kejam oleh teman lelakinya sendiri.

    Kisah bermula pada 25 Julai 2021 apabila si mangsa iaitu Hwang Ye Jin tidak sedarkan diri akibat serangan daripada teman lelakinya yang hanya dikenali sebagai Mr. A. Menyedihkan, Hwang Ye Jin meninggal dunia pada sebulan kemudian berpunca daripada kecederaan yang dialaminya akibat serangan itu.

    Dua bulan selepas kematian Hwang Ye Jin, tersebar rakaman kamera litar tertutup di sebuah bangunan yang memaparkan video insiden serangan berkenaan. Menerusi rakaman di tingkat pertama bangunan tersebut, jelas sekali Mr. A telah melakukan keganasan melampau hingga menyebabkan Hwang Ye Jin pengsan. Sesudah itu, Mr. A bertindak untuk mengheret badan Hwang Ye Jin yang lehernya dalam keadaan terkulai dan muka terseret di lantai untuk memasuki lif lalu menuju ke tingkat 8 bangunan.  Terdapat juga kesan darah Hwang Ye Jin di lokasi kejadian.

    Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis, Hwang Ye Jin dipercayai telah meninggal dunia kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian tengkorak, otak dan leher. Apa yang dapat dipastikan, Hwang Ye Jin masih lagi hidup sewaktu hari kejadian. Tentang Mr. A, dia ada menghubungi talian kecemasan sejurus selepas insiden serangan berlaku. Namun sewaktu panggilan tersebut dibuat, Mr. A telah melakukan pembohongan dengan mengatakan bahawa dia secara tidak sengaja telah terpukul kepala Hwang Ye Jin yang sudah mabuk teruk pada waktu itu.

    Mr. A telah pun dibicarakan pada 4 November lalu dengan dia menerima pertuduhan mendatangkan kecederaan serta melakukan pembunuhan terhadap Hwang Ye Jin. Sedutan berita mengenai kes ini boleh ditonton di pautan tersedia : https://youtu.be/S4S5UqEaDrQ . 

Catat Ulasan for "MAUT DIPUKUL TEMAN LELAKI SENDIRI"