PEMBUNUHAN AIR TEH BOBA DI VIETNAM
Nama wanita ini adalah Lai Thi Keiu Trang yang berusia 25
tahun pada tahun 2019. Bulan Januari tahun itu, Trang mula menjalinkan hubungan
sulit dengan suami sepupunya sendiri yang dikenali sebagai Dam Hai Yen. Walau
bagaimanapun, hubungan tersebut hanya mampu bertahan untuk tempoh bulan selepas
Yen tekad untuk memutuskan perhubungan. Trang bukan saja berasa sakit hati
malah menjadi marah dengan sepupunya yang dianggap sebagai perampas. Disebabkan
itu, Trang telah merancang untuk membunuh sepupunya demi memiliki Yen semula.
Jadi, Trang pun membeli racun sianida secara dalam talian bagi
tujuan pembunuhan berkenaan. Pada tanggal 2 Disember 2019, Trang melakukan
pembelian 6 cawan air teh boba untuk dicampurkannya dengan racun sianida. Walau
bagaimanapun, racun sianida tersebut hanya cukup untuk 4 daripada cawan air teh
boba itu. Selesai berbuat sedemikian, semua enam cawan air teh boba tersebut
telah dihantar ke sebuah hospital yakni tempat sepupu Trang bekerja sebagai
seorang jururawat dengan menggunakan khidmat penghantaran pihak ketiga. Air teh
boba itu adalah kononnya hadiah daripada pesakit yang dirahsiakan identitinya.
Cuma pada hari penghantaran air teh boba tersebut, sepupu Trang
tidak bekerja. Maka air teh boba itu pun disimpan ke dalam peti sejuk. Keesokan
paginya, salah seorang rakan sekerja sepupu Trang yang bernama Nguyen Thi Hanh
tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia selepas meminum air teh boba
tersebut. Seperkara harus diketahui, ada dua orang lagi jururawat lain yang
telah meminum air teh boba itu akan tetapi kedua-dua mereka bernasib baik kerana
cawan yang dipilih adalah tidak beracun.
Selepas pihak polis menjalankan siasatan, mereka akhirnya berjaya mengenalpasti Trang sebagai suspek utama pembunuhan sebelum melakukan penangkapan terhadap wanita itu pada tarikh 30 Disember 2019. Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes, Trang bakal dijatuhkan hukuman mati jika benar-benar didapati bersalah. Buat masa sekarang, masih kurang jelas dengan perkembangan terkini tentang kes ini. Apa yang dapat dipastikan, Trang telah diarahkan untuk membayar sejumlah wang pampasan berserta wang perbelanjaan setiap bulan kepada tiga orang anak mangsa hingga mereka berusia 18 tahun.
Catat Ulasan for "PEMBUNUHAN AIR TEH BOBA DI VIETNAM"