SUAMI BUNUH ISTERI KERANA CEMBURU DENGAN GAJI ISTERI
Kejadian pembunuhan ini dilaporkan baru saja berlaku pada
bulan September yang lepas bertempat di negara Rusia. Kisahnya, ada sepasang
suami isteri yang bernama Rustam Mursalov dan Alexandra Mursalova. Mereka
berdua adalah pasangan yang sepadan. Kacak, cantik dan bekerjaya. Rustam baru berusia
24 tahun manakala Alexandra pula 25 tahun. Pasangan yang diilihat seakan
bahagia tersebut mempunyai dua orang anak yang comel yakni berusia 7 dan 2
tahun.
Menerusi laporan media, Rustam iaitu seorang jurulatih
persendirian telah berasa cemburu dengan Alexandra kerana isterinya itu
memiliki pendapatan yang lebih tinggi daripadanya. Alexandra merupakan seorang
pakar psikologi merangkap jurulatih seks. Secara ringkas, Alexandra mengajar
kliennya tentang bagaimana cara untuk meningkatkan kehidupan seks dan mengatasi
halangan erotik. Seperkara lagi harus diketahui, rata-rata klien Alexandra
terdiri daripada orang kaya-raya. Mengikut pengakuan yang pernah dibuat oleh
Alexandra sendiri, dia mendakwa boleh mengetahui masalah kliennya dalam tempoh
masa 15 minit di mana masalah tersebut akan dapat diselesaikan menerusi empat
sesi terapi.
Berbalik dengan cerita kecemburuan Rustam kepada Alexandra, perkara inilah yang telah memicu krisis rumah tangga antara mereka. Cerita Alexandra di media sosialnya, Rustam memberitahu bahawa dia harus memilih samada suami atau wang dalam kehidupan. Meskipun Alexandra begitu menyayangi suaminya, dia masih belum bersedia untuk berhenti bekerja. Perkara ini berikutan masih ada impian dalam hidup yang ingin dicapai Alexandra. Bayangkan, Rustam pernah cuba untuk merampas telefon Alexandra supaya isterinya itu tidak boleh menjana pendapatan. Rustam dan Alexandra sebenarnya pernah menjalani sesi terapi keluarga. Hasil terapi, keadaan menjadi reda seketika sebelum Rustam membuat perangainya semula pada bulan Ogos lalu.
Seminggu sebelum kejadian, Alexandra telah membuat satu
hantaran media sosial mengenai ugutan bunuh yang diterimanya. Rustam mengancam
untuk membunuh Alexandra serta dua orang anak mereka. Alexandra bagaimanapun
sempat untuk meyakinkan pengikut laman media sosialnya bahawa dia tahu cara
untuk menangani situasi sedemikian. Namun tidak dapat dipastikan samada ibu
muda itu ada membuat laporan polis atau meminta perlindungan daripada pihak
berwajib sejurus selepas dia menerima ugutan berkenaan.
Pada tarikh 21 September 2021, Alexandra tiba di bangunan apartment bersama dengan seorang lelaki lain. Tidak jelas hubungan Alexandra dengan lelaki tersebut. Tidak lama kemudian, Rustam yang sememangnya menunggu kepulangan Alexandra telah memulakan pertengkaran di kawasan tangga bangunan hingga menyebabkan lelaki yang bersama Alexandra itu segera melarikan diri. Maka tinggallah Rustam dan Alexandra bersendirian. Entah apa yang merasuki Rustam, dia telah bertindak untuk menikam kepala Alexandra sebanyak 10 kali tikaman dengan menggunakan pisau. Sesudah Alexandra mati, mayatnya pun dicampak dari tingkat 13 bangunan. Semasa kejadian dahsyat tersebut berlaku, kedua-dua anak Rustam dan Alexandra ada berada di rumah saudara mereka.
Rustam tidak mengambil masa lama untuk menyerah diri kepada pihak polis. Dia mengaku bahawa kematian Alexandra adalah satu pembunuhan terancang. Rustam kini masih berada di bawah tahanan pihak berkuasa Rusia.
Catat Ulasan for "SUAMI BUNUH ISTERI KERANA CEMBURU DENGAN GAJI ISTERI "