Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

WANITA CANTIK MAUT AKIBAT DISIMBAH SUAMI DENGAN ASID


    INDONESIA - Tular berita mengenai seorang wanita muda di Cianjur yang telah meninggal dunia akibat menjadi mangsa kekerasan dalam rumah tangga. Wanita itu dikenalpasti sebagai Sarah yang baru berusia 21 tahun. Dia dipercayai telah mati dibunuh oleh suaminya sendiri yang berasal dari negara Timur Tengah iaitu Abdul Latif. 

    Setakat yang diketahui, Sarah merupakan wanita kacukan Arab-Indonesia di mana bapanya adalah seorang anggota tentera Arab Saudi manakala ibunya dulu pernah bekerja di Arab. Sarah dikatakan memilih untuk tinggal di negara Indonesia berbanding negara kelahiran bapanya. 

    Mengenai hubungan Sarah dengan Abdul Latif, mereka berdua dilaporkan baru saja bernikah secara rahsia pada bulan Oktober lepas. Tidak jelas bagaimana Sarah dan Abdul Latif boleh berkenalan. Walau bagaimanapun, terdapat laporan media yang mendakwa bahawa Abdul Latif tinggal selang dua rumah dari rumah bapa Sarah di negara Arab. Apa yang dapat dipastikan, Abdul Latif memang tergila-gilakan Sarah sejak dari awal perkenalan mereka. Bayangkan, kegilaan Abdul Latif tersebut sampai ke tahap dia sanggup mengejar Sarah hingga ke Indonesia. Sarah pula bukannya wamita yang mudah untuk jatuh cinta sehingga dia terpaksa menolak lamaran perkahwinan daripada Abdul Latif sebanyak tiga kali berturut-turut. Namun setelah melihat kesungguhan Abdul Latif, Sarah bersetuju untuk menjadi isteri  lelaki berkenaan pada lamaran perkahwinan kali keempat.


    Selepas berkahwin dengan Abdul Latif, perit untuk diterima Sarah apabila semuanya tidak seindah seperti yang disangka. Abdul Latif ternyata bukanlah seorang suami yang baik dan bertanggungjawab. Dia adalah seorang lelaki yang sangat mengongkong, panas baran, kaki pukul dan kuat cemburu. Sarah tidak dibenarkan sama sekali untuk keluar dari rumah.

    Hinggalah pada 20 November lepas bersamaan dengan jam sekitar 1 pagi, Sarah yang sedang tidur di rumahnya telah didatangi oleh Abdul Latif. Entah apa yang merasuki Abdul Latif, dia bertindak untuk mengikat tangan serta menyumbat mulut Sarah dengan kain. Usai berbuat sedemikian, Abdul Latif membelasah lalu menghentakkan kepala isterinya itu pada dinding secara berulang kali. Lagi kejam, Abdul Latif tanpa sebarang rasa kemanusiaan menyimbah seluruh badan Sarah dengan asid. Sebahagian daripada simbahan asid tersebut telah termasuk ke dalam mulut Sarah. Sesudah itu, Abdul Latif pun melarikan diri. 

    Sarah yang melecur 90% pada tubuh badannya terus dihantar ke hospital oleh para jirannya yang menyedari kejadian tersebut. Dia bagaimanapun telah meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya. 


    Mengenai Abdul Latif, rancangannya untuk melarikan diri dengan ke Arab menemui kegagalan setelah dia berjaya ditangkap oleh pihak polis serta pada masa sama pasport miliknya sudah pun disekat. Berhubung dengan motif, Abdul Latif diyakini melakukan pembunuhan itu adalah kerana rasa cemburu. Cumanya pihak polis masih melakukan siasatan lanjut samada Abdu Latif mempunyai motif lain hingga sanggup menghabisi nyawa isterinya sendiri.

Catat Ulasan for "WANITA CANTIK MAUT AKIBAT DISIMBAH SUAMI DENGAN ASID"