DEMI MARUAH KELUARGA, LELAKI PENGGAL KEPALA KAKAK SENDIRI
INDIA – Pihak polis di bahagian barat Maharashtra bertindak
untuk menahan seorang remaja lelaki bernama Sanjay Mote kerana dipercayai
memenggal kepala kakaknya sendiri yang dilaporkan sedang dalam keadaan hamil.
Pembunuhan tersebut dipercayai dilakukan susulan mangsa iaitu Kirti Thore yang
berusia 19 tahun telah berkahwin tanpa restu keluarganya. Lagi dahsyat, Sanjay
dan ibunya yang dikenali sebagai Shobha telah mengambil gambar swafoto dengan
kepala Kirti sejurus selepas pembunuhan berlaku. Tak cukup dengan itu, mereka
berdua menunjukkan kepala Kirti kepada jiran mereka.
Berdasarkan laporan media, Kirti telah berkahwin lari dengan
lelaki pilihannya biarpun ditentang habis-habisan oleh keluarganya. Tentangan
ini adalah berikutan lelaki tersebut yang berasal daripada keluarga miskin.
Selepas perkahwinan itu, Kirti jarang untuk menghubungi keluarganya. Berbalik
dengan cerita hari kejadian, Sanjay dan Shobha telah melawat ke rumah Kirti yakni
pada hari Ahad lepas. Apa yang berlaku kemudian, Kirti diserang oleh Sanjay
dengan sabit sewaktu dia sedang sibuk membancuh teh. Kirti tidak sempat untuk
berbuat apa-apa kerana Shobha telah menahan kakinya. Seperkara yang dapat
dipastikan, Shobha sememangnya sudah mengetahui tentang kehamilan Kirti. Mengenai
suami Kirti, dia sempat untuk menyelamatkan diri selepas Sanjay turut cuba
untuk menyerangnya.
Lagi kisah pembunuhan demi kehormatan yang kejam, baca di sini : https://www.jacklester33.com/2021/04/enamkisahpembunuhankejamdemikehormatan%20.html?m=1
Catat Ulasan for "DEMI MARUAH KELUARGA, LELAKI PENGGAL KEPALA KAKAK SENDIRI "