KISAH PEMBUNUHAN KEJAM FERIN DIAH ANJANI
Kisah pembunuhan kejam ini berlaku pada tahun 2018 bertempat
di Semarang, Indonesia. Tahun itu, Ferin Diah Anjani adalah seorang wanita
cantik berusia 21 tahun yang bekerja sebagai seorang kedi golf. Selain cantik,
Ferin juga mempunyai perwatakan yang baik dan pandai bersolek. Kisah sebenar
bermula pada tarikh 27 Julai 2018 apabila Ferin telah berkenalan dengan seorang
lelaki tampan berusia 31 tahun bernama Kristian Ari Wibowo, seorang pengurus pejabat
di sebuah hotel. Perkenalan tersebut bermula daripada laman Instagram sebelum
kedua-dua mereka akhirnya saling bertukar nombor telefon.
Diringkaskan cerita yakni pada 31 Julai, Ferin dan Kristian akhirnya bersetuju untuk bertemu dengan lokasi pertemuan adalah di dalam sebuah bilik hotel. Mereka berdua tiba di hotel itu secara berasingan dengan Ferin menaiki teksi manakala Kristian pula menaiki motosikal. Sesudah memasuki bilik yang terletak di tingkat 2 hotel tersebut, pasangan itu sempat bermesra seketika lalu melakukan hubungan seks sebanyak dua kali. Mereka berdua kemudian melakukan hubungan seks buat kali ketiga namun dengan cara berbeza di mana Kristian yang memiliki fantasi seksual luar biasa ingin beraksi dengan cara lebih keras serta ganas. Sewaktu berhubungan seks tersebut, Ferin telah ditampar dan dicekik berkali-kali oleh Kristian hingga menyebabkan dirinya menjadi lemah lagi tidak bermaya. Seperkara harus diketahui iaitu sebelum aksi hubungan seks dahsyat itu bermula, Kristian telah memasukkan ubat penenang ke dalam air minuman Ferin sewaktu wanita tersebut sedang mandi.
Setelah melihat Ferin dalam keadaan lemah, Kristian bergegas
pergi meninggalkan hotel. Ingat, Ferin ketika ini masih lagi hidup. Tidak lama
kemudian, Kristian kembali semula ke hotel menggunakan sebuah kereta jenama
Honda Jazz yang disewanya. Kristian seterusnya membalut Ferin dengan selimut.
Selesai berbuat sedemikian, Kristian pun mengangkat Ferin untuk dibawa masuk ke
dalam keretanya tanpa pengetahuan pekerja hotel. Selepas itu, Kristian telah
memandu keretanya menuju ke sebuah kawasan hutan dengan tempoh perjalanan yang
memakan masa selama beberapa jam. Setibanya di lokasi, Kristian pun terus membakar
Ferin secara hidup-hidup. Sebelum beredar pergi, Ferin sempat untuk mengambil
beberapa barangan berharga milik Ferin seperti telefon, wang dan barang perhiasan.
Tanpa sebarang rasa bersalah, Kristian telah pergi menggadaikan barang
perhiasan Ferin tersebut untuk mendapat wang bagi tujuan pelangsaian segala hutangnya.
Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM FERIN DIAH ANJANI "