Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN KEJAM MAYRA ZULFIQAR

    Pada tahun 2021, Mayra Zulfiqar adalah seorang wanita cantik berusia 25 tahun yang tinggal di bandar Feltham, London. Selain memilik paras rupa cantik, Mayra yang berketurunan Pakisan digambarkan sebagai seorang yang berperwatakan baik, pintar dan begitu disenangi oleh orang-orang di sekelilingnya. Mengenai pekerjaannya, Mayra yang berkelulusan ijazah dalam bidang undang-undang bekerja sebagai seorang pengamal undang-undang di sebuah syarikat firma guaman. Selain itu, Mayra juga sering terlibat dengan sebuah yayasan amal di mana dia sering memberikan bantuan kepada orang-orang yang mempunyai masalah untuk mendapatkan tempat tinggal.

    Kisah sebenar bermula pada bulan Mac tahun 2021 apabila Maira pulang ke Pakistan bagi menghadiri majlis perkahwinan salah seorang rakannya. Namun selepas majlis perkahwinan tersebut selesai, Mayra membuat keputusan untuk menetap sementara di Pakistan bagi melakukan kerja amal yang berkaitan dengan undang-undang. Namun apa yang berlaku kemudian yakni pada 3 Mei 2021, Mayra telah ditemui mati terbaring berlumuran dengan darah di dalam apartment sewanya yang terletak di Lahore. Berdasarkan laporan bedah siasat mendapati Mayra telah ditembak pada bahagian leher dan bahu. Terdapat juga kesan cekikan leher dan beberapa luka lebam di badannnya. Paling dahsyat, kepala Mayra mengalami pembengkakan kerana sebahagian daripada rambutnya dipercayai telah ditarik dengan begitu kuat oleh pelaku hingga tercabut. Dalam erti kata lain, Mayra telah diseksa dengan begitu kejam pada saat sebelum kematiannya. Penyeksaan yang berkemungkinan dilakukan oleh orang yang menyimpan dendam terhadap Mayra.

    Sejurus selepas mendengar berita kematian anaknya, Zulfiqar terus bergegas terbang ke Pakistan untuk menyelesaikan beberapa perkara. Setelah mendengar penjelasan daripada pihak polis Pakistan, Zulfiqar mula berasa tidak puas hati. Rasa tidak puas hati itu timbul kerana Zulfiqar dapat merasakan pihak polis seolah-olah menyembunyikan sesuatu daripadanya. Terdapat butiran siasatan yang pihak polis enggan dedahkan sama sekali. Perkara paling mengejutkan Zulfiqar, Mayra pernah membuat laporan polis pada sehari sebelum kejadian pembunuhan tentang seorang lelaki yang telah melakukan ugutan bunuh kepadanya. Pihak polis bagaimanapun tidak mengambil serius soal laporan yang dibuat Mayra tersebut. Demi mencari keadilan untuk Marya, Zulfiqar yang enggan untuk berdiam diri telah cuba untuk meminta bantuan daripada pelbagai pihak termasuklah aktivis wanita terkenal Pakistan iaitu Malala Yousafzai, pemenang Hadiah Nobel Keamanan. Malala pernah ditembak kerana kelantangan suaranya dalam memperjuangkan hak kanak-kanak perempuan untuk mendapatkan pendidikan.

Zahir Jadoon

    Hanya selepas mendapat tekanan daripada ramai pihak untuk menyiasat kematian Mayra dengan lebih telus, barulah pihak polis Pakistan menjalankan siasatan secara lebih mendalam.  Hasil siasatan berkenaan telah membawa kepada penangkapan seorang lelaki yang benama Zahir Jadoon. Seorang lagi lelaki ditahan adalah rakan Zahir yang dikenali sebagai Saad But, 28 tahun. Sedikit tentang Zahir, dia merupakan seorang lelaki berusia 26 tahun yang berasal daripada keluarga raya serta berpengaruh. Menerusi laman media sosial Zahir, dia sering memuatnaik foto kereta mewah dan gambar senjata api yang menampakkan dirinya seperti seorang gengster. Jadi, apa hubungan Zahir dan Mayra? Tidak jelas samada mereka berdua adalah pasangan kekasih atau sekadar kawan biasa. Namun apa dapat yang dipastikan, Zahir sangat tergila-gilakan dengan Mayra. Ego Zahir dikatakan telah tercalar selepas Mayra menolak lamaran perkahwinannya sekaligus membawa kepada insiden pembunuhan.perkara lagi harus diketahui, Zahir merupakan individu paling dikehendaki atas satu kes pembunuhan yang berlaku di Rawalpindi, Pakistan pada tahun 2019. Cumanya Zahir tidak dikenakan sebarang tindakan atas faktor pengaruh keluarga yang dimilikinya.

    Zahir dilaporkan sudah membuat pengakuan tentang pembunuhan Mayra dengan alasan mempertahankan diri. Alasan yang jelas boleh dipertikaikan memandangkan fakta Mayra telah diseksa terlebih dahulu sebelum mati dibunuh. Buat masa sekarang, perbicaraan kes masih lagi berjalan. Zulfiqar sememangnya berasa kecewa serta terkilan dengan pihak polis yang dilihat sambil lewa menguruskan kes Mayra. Luah Zulfiqar, Mayra sudah pasti akan masih hidup jika pihak polis memandang serius berhubung laporan ugutan bunuh yang dibuatnya pada sehari sebelum dia mati dibunuh. 

Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM MAYRA ZULFIQAR "