LELAKI BALING ANAK SAMPAI MATI DIHUKUM MATI
CHINA – Seorang lelaki telah dijatuhkan hukuman mati selepas didapati bersalah atas kesalahan membunuh dua orang anak kandungnya sendiri. Seorang lagi tertuduh yang turut dihukum mati adalah teman wanita kepada lelaki itu. Kejadian pembunuhan tersebut dilaporkan berlaku pada bulan November tahun lepas.
Menerusi laporan media, lelaki berkenaan iaitu Zhang Bo dilaporkan
telah menjalinkan hubungan dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Ye
Chengchen. Hubungan itu terjalin sewaktu Zhang masih lagi bergelar sebagai
suami orang. Selepas Zhang menceraikan isterinya yang bernama Chen Meilin, dia telah
bertindak untuk melemparkan kedua-dua anak kecilnya yakni seorang lelaki (1
tahun) dan seorang perempuan (6 bulan) dari rumah pangsapuri mereka yang
terletak di tingkat 14. Zhang melakukan pembunuhan kejam tersebut kerana disuruh
oleh Ye. Puncanya, Ye enggan untuk berkahwin dengan lelaki yang mempunyai anak
hasil perkahwinan bersama dengan pasangan terdahulu.
Zhang dan Chen telah bercerai pada sekitar bulan Februari
2020. Selepas penceraian itu, Ye mendesak Zhang berkali-kali untuk membunuh anak-anakya.
Kata Ye,
“Apabila budak-budak itu sudah tiada, aku akan mengahwini
kamu…Alang-alang nak bunuh, apa kata kamu bunuh kedua-duanya sekali?”
Jadi pada 2 November 2020, Zhang telah meluangkan masa secara bersendirian bersama dengan dua orang anaknya. Apa yang berlaku kemudian, dua orang anak Zhang tersebut telah dilempar dari tingkap hingga ke lantai bangunan. Selepas berbuat sedemikian, Zhang turun ke bawah dengan berkaki ayam. Pada masa sama, dia berlakon menangis. Seorang anak Zhang mati serta merta di lokasi kejadian manakala seorang lagi pula disahkan menghembuskan nafas terakhir di hospital. Pada mulanya, kematian anak-anak Zhang diklasifikasikan sebagai kemalangan yang tidak disengajakan sama sekali kerana Zhang mendakwa sedang tertidur sewaktu kejadian berlaku. Namun entah apa yang bermain di fikiran Zhang, dia telah membuat pengakuan kepada pihak polis hingga merungkai segala-galanya.
Catat Ulasan for "LELAKI BALING ANAK SAMPAI MATI DIHUKUM MATI"