MISTERI KEHILANGAN TIGA ORANG KANAK-KANAK DI LANGKAT
Kisah yang benar-benar misteri ini dilaporkan berlaku pada
18 Oktober 2020 sewaktu pandemik Covid-19 yakni bertempat di sebuah kawasan
perkampungan Kabupaten Langkat, Sumatera Utara. Pada pukul 10.30 pagi hari itu,
tiga orang kanak-kanak berusia tujuh tahun iaitu Nizam Aufa, Yogi Tri
Herlambang dan Alfisa berasa teruja melihat sebuah jengkaut yang sedang
melakukan kerja-kerja penggalian di sebuah parit. Tidak lama kemudian, jengkaut
tersebut berpindah ke lokasi lain yang berjarak satu kilometer untuk menyambung
kerja lain.
Apa yang berlaku seterusnya telah mengejutkan penduduk
kampung berkenaan. Nizam, Yogi dan Alfisa tiba-tiba dilaporkan hilang selepas
mereka bertiga langsung tidak pulang ke rumah masing-masing untuk makan tengah
hari. Rentetan daripada perkara tersebut, pihak polis telah menjalankan operasi
pencarian secara besar-besaran dengan bantuan beberapa organisasi termasuk
sukarelawan dan juga penduduk tempatan. Walau bagaimanapun, tiada sebarang
petunjuk yang dapat ditemui. Dalam erti kata lain, ketiga-tiga orang
kanak-kanak itu hilang begitu saja. Jadi memang agak sukar pihak polis
memperolehi butiran secara lebih terperinci.
Kisah kehilangan Nizam, Yogi dan Alfisa telah menjadi tular di laman media sosial hingga menarik perhatian para Youtuber dan juga ahli paranormal. Hingga satu ketika, lokasi yang dipercayai sebagai lokasi kejadian terpaksa ditutup. Hal ini berikutan kehadiran Youtuber dan ahli paranormal tersebut yang sedikit sebanyak telah mengganggu operasi pencarian. Samada benar atau sebaliknya, kebanyakan pengkaji paranormal yang melakukan ritual di lokasi itu mendakwa bahawa tiga orang kanak-kanak malang tersebut telah dibawa pergi oleh makhluk ghaib. Kali terakhir Nizam, Yogi dan Alfisa dilihat adalah melalui rakaman telefon di mana mereka bertiga saling berkejaran di depan jengkaut. Pautan rakaman ada disediakan pada penghujung artikel.
Saat artikel ini ditulis, tiga orang kanak-kanak itu masih lagi belum dapat ditemui. Persoalan samada di mana atau bagaimana mereka boleh hilang kekal menjadi misteri. Cumanya ada satu lagi cerita iaitu pada sebulan selepas insiden kehilangan misteri ini, ada seorang penduduk mendakwa namanya telah dipanggil oleh seorang budak berbaju kuning semasa berada di sebuah lokasi. Namun belum sempat dia mendekati budak yang dipercayai sebagai Nizam tersebut, situasi tiba-tiba berubah menjadi seram apabila Nizam hilang daripada pandangan. Keadaan pun menjadi kecoh seketika. Meskipun ramai pihak penampakan itu sekadar ilusi semata-mata, ramai penduduk tetap berusaha untuk mencarinya biarpun pencarian tersebut tidak membuahkan sebarang hasil. Sedutan rakaman berita kehilangan Nizam, Yogi dan Alfisa : https://youtu.be/uNqx3dEKO9w
tak rasa ke klu budak2 tu tertimbus tanah..
BalasPadam