Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

TEMAN LELAKI ENGGAN BERTANGGUNGJAWAB, GADIS CANTIK BUNUH DIRI

    INDONESIA – Baru-baru ini, nama seorang gadis cantik bertudung berusia 23 tahun yang bernama Novia Widyasari Rahayu menjadi tular di kebanyakan laman media sosial. Ketularan nama Novia ini adalah disebabkan kisahnya yang begitu tragis di mana dia telah membunuh diri dengan cara meminum racun di tepi kubur arwah bapanya. Novia tekad untuk melakukan sedemikian kerana tertekan dengan sikap teman lelakinya iaitu Randy Bagus Hari Sasongko yang enggan untuk bertanggungjawab dengan kehamilannya.

    Berdasarkan daripada laporan media, Novia merupakan seorang penuntut di Universiti Brawijaya Malang dengan mengambil jurusan pendidikan bahasa inggeris. Dia telah berkenalan dengan Randy yakni seorang anggota polis sejak dari bulan Oktober tahun 2019. Pertemuan mereka berdua bermula di sebuah kedai pakaian sebelum saling bertukar nombor telefon. Tidak lama kemudian, Novia dan Randy menjadi serius dalam menjalinkan perhubungan. Selepas bergelar sebagai pasangan kekasih, pasangan itu kerap berjumpa di hotel untuk melakukan hubungan seks. Mengikut pengakuan yang dibuat oleh seorang rakan Novia, dia mendakwa bahawa hubungan seks terbabit adalah atas paksaan Randy.

    Berdasarkan siasatan yang dilakukan oleh pihak polis, Randy telah memaksa Novia untuk menggugurkan kandungannya sebanyak dua kali iaitu pada bulan Mac 2020 dan Ogos 2021. Usia kandungan Novia untuk kedua-dua kehamilan itu adalah hampir sebulan dan empat bulan. Apa yang pasti, Novia benar-benar tertekan berikutan Randy yang bersikap lepas tangan selepas mengetahui teman wanitanya hamil. Selain itu, Novia yang bercita-cita ingin menjadi seorang guru sering meluahkan isi hati di laman media sosial miliknya.

    Hingga artikel ini ditulis, Randy yang sudah pun ditangkap telah pun dipecat keanggotannya sebagai pihak polis. Jika didapati bersalah, dia bakal berdepan dengan hukuman penjara selama lima tahun. 

Catat Ulasan for "TEMAN LELAKI ENGGAN BERTANGGUNGJAWAB, GADIS CANTIK BUNUH DIRI"