Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

GADIS BUNUH DIRI KERANA GAMBAR FITNAH

    MESIR - Dua orang lelaki kini ditangkap oleh  pihak polis selepas dikaitkan menjadi punca kepada kematian seorang gadis remaja berusia 17 tahun yang telah membunuh diri akibat menerima ugutan secara berterusan untuk disebarkan gambar tidak senonohnya. Gadis malang tersebut dikenalpasti sebagai Basant Khalid.

    Menerusi laporan media, kakak Basant mendakwa bahawa gambar Basant yang tersebar luas di internet sebelum itu adalah gambar yang telah disunting secara digital. Penyebaran gambar tersebut dibuat selepas Basant menolak ajakan seorang lelaki untuk keluar bersama. Gambar palsu itu dibuat menggunakan gambar yang telah dicuri daripada telefon Basant. Kecurian gambar tersebut dilaporkan berlaku setelah Basant menekan pautan yang dihantar oleh lelaki berkenaan.

    Basant kemudian mengalami kemurungan berikutan gambarnya dalam keadaan mengaibkan itu telah dilihat oleh keluarga, saudara-mara dan rakan-rakannya. Lebih memburukkan keadaan, ada antara mereka yang mempercayai gambar tersebut sememangnya gambar Basant. Rentetan daripada perkara tersebut, Basant akhirnya memilih jalan untuk membunuh diri dengan cara memakan racun.

    Sebelum Basant ditemui mati, dia sempat meninggalkan nota bunuh diri yang bertulis,

    "Ibu, saya harap ibu percaya bahawa saya bukannya seperti itu. Gambar ini adalah palsu, saya bersumpah demi Tuhan."

    "Ibu, saya seorang gadis muda dan saya tidak patut menerima apa yang telah terjadi kepada saya. Saya benar-benar tertekan. Saya sudah tidak tahan lagi dengan keadaan seperti ini. Saya lemas."

    Insiden kematian Basant ini ternyata telah mencetuskan kemarahan rakyat Mesir yang menggesa pihak berkuasa untuk menjatuhkan hukuman sewajarnya kepada para pelaku. Identiti kedua-dua lelaki terbabit didedahkan sendiri oleh Basant kepada keluarganya sebelum dia membunuh diri. Kes masih lagi dalam siasatan.

Catat Ulasan for "GADIS BUNUH DIRI KERANA GAMBAR FITNAH"