KISAH JOEL GUY JR. : Anak Paling Durjana
Maka pada tarikh 24 November 2016, Joel Sr. dan Lisa telah
mengundang kesemua anak-anaknya untuk datang ke rumah mereka sempena hari
sambutan Hari Kesyukuran. Salah seorang daripada anak pasangan suami isteri
dalam pertengahan usia tersebut adalah satu-satunya anak lelaki mereka yang
dikenali sebagai Joel Jr., 28 tahun. Seperkara harus diketahui, segala perbelanjaan
dan makan minum Joel Jr. pada waktu itu masih lagi ditanggung oleh ibu bapanya
atas faktor statusnya sebagai seorang pelajar universiti. Joel Jr.bagaimanapun
hanya mampu untuk berdiam diri selepas diberitahu oleh ibu bapanya mengenai perancangan
persaraan serta penjualan rumah mereka. Selesai sambutan Hari Kesyukuran, semua
anak Joel Sr. dan Lisa telah pulang ke rumah masing-masing kecuali Joel Jr.
yang merancang untuk bermalam di rumah ibu bapanya itu hingga hari hujung
minggu.
Kisah sebenar bermula pada 26 November 2016 di mana hari tersebut Lisa keluar sementara dari rumahnya untuk pergi membeli barang di sebuah kedai runcit. Sewaktu ketiadaan Lisa di rumah, Joel Sr. yang sedang bersendirian di tingkat dua rumahnya telah dibunuh dengan cara 42 kali tikaman pisau pada tubuh badan. Pembunuh itu tidak lain tidak bukan adalah Joel Jr. sendiri. Pembunuhan Lisa pula berlaku tidak lama selepas dia pulang ke rumah. Lisa telah ditikam Joel Jr. sebanyak 31 kali termasuk di bahagian rusuk. Entah apa yang merasuki Joel Jr., dia kemudian bertindak untuk mengerat kepala, tangan dan kaki kedua ibu bapanya. Lagi ngeri apabila Joel Jr. telah meletakkan kepala Lisa di dalam periuk hanya semata-mata untuk direbusnya. Dia turut memasukkan keratan mayat Joel Sr. dan Lisa ke dalam bekas plastik besar lalu dicampurkannya dengan bahan kimia tertentu bagi tujuan pelupusan. Selesai pembunuhan, Joel Jr. terus keluar dari rumah bagi melakukan beberapa urusan peribadi. Dia bahkan sempat lagi untuk mengeluarkan sejumlah wang simpanan milik Joel Sr. dan Lisa.
Pihak polis telah melakukan pergi memeriksa rumah Joel Sr.
dan Lisa pada 28 November 2016. Pemeriksaan tersebut dibuat susulan maklumat
daripada majikan Lisa yang memberitahu Lisa tidak datang bekerja serta pada
masa sama gagal untuk dihubungi sama sekali. Hasil pemeriksaan di rumah itu,
pihak polis telah menemui keratan mayat Joel Sr. dan Lisa yang dalam keadaan
begitu mengerikan. Lain-lain penemuan, buku nota milik Joel Jr. yang mengandungi 5
helaian muka surat. Buku nota tersebut adalah catatan terperinci Joel Jr. mengenai
cara serta motif pembunuhannya. Dalam erti kata lain, kematian Joel Sr. dan
Lisa merupakan satu pembunuhan terancang. Motif Joel Jr.? Demi wang insurans
ibu bapanya yang berjumlah $500 000. Selain itu, Joel Jr. benar-benar berasa
marah kerana Joel Sr. dan Lisa enggan lagi untuk menanggung kehidupannya. Dia
tidak dapat menerima hakikat dengan kenyataan tersebut. Lagipun Joel Jr. memang
tiada sebarang keinginan untuk bekerja. Berdasarkan siasatan pihak polis, Joel
Jr. didapati ada melakukan pembelian barang pembunuhan pada waktu sebelum
kejadian berlaku.
Pihak polis tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menangkap Joel Jr. di Louisana. Sewaktu penangkapan tersebut dibuat, pihak polis telah menemui alat pengisar daging dan tangki minyak di dalam but kereta Joel Jr. yang dipercayai untuk kegunaan menghapuskan bukti. Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes, Joel Jr. yang didapati bersalah akhirnya dijatuhkan dua hukuman penjara untuk seumur hidup. Paling menyakitkan hati ramai pihak, tiada sebarang tanda penyesalan yang dilihat pada raut wajah Joel Jr.
Catat Ulasan for "KISAH JOEL GUY JR. : Anak Paling Durjana"