KISAH PEMBUNUHAN KEJAM SEKELUARGA DI TANGERANG
Pendi |
Kes pembunuhan kejam ini berlaku di bandar Tangerang,
Indonesia pada tahun 2018. Kisahnya, ada seorang lelaki berusia 60 tahun iaitu
Mukhtar Effendi atau lebih dikenali sebagai Pendi yang telah mengahwini seorang
wanita bernama Ema, 40 tahun. Ema mempunyai dua orang anak perempuan hasil
perkahwinannya yang terdahulu. Mereka adalah Nova (19 tahun) dan Tiara (11
tahun). Kurang jelas mengenai pekerjaan sebenar Pendi dan Ema. Namun setakat
yang diketahui tentang perwatakan Pendi, dia dikatakan seorang yang memiliki
perangai panas baran.
Diringkaskan cerita yakni pada satu hari, Ema telah membeli
sebuah kereta baru yang dibayar secara ansuran bulanan. Pembelian kereta itu
bagaimanapun dibuat oleh Ema tanpa pengetahuan Pendi. Jadi apabila Pendi
mengetahui tentang perkara tersebut, dia berasa begitu marah kerana menyedari
tindakan isterinya itu telah menyebabkan kadar wang perbelanjaan keluarga
mereka semakin meningkat. Dek kerana hal kereta tersebut, Pendi dan Ema kerap
bertengkar. Lebih menyakitkan hati Pendi, Ema sering memintanya untuk sama-sama
membayar wang ansuran kereta itu. Pendi sering berdolak-dalih untuk melakukan
pembayaran dengan memberikan alasan tidak mempunyai wang.
Ema |
Kisah sebenar bermula pada lewat malam 12 Februari 2018 di mana Pendi dan Ema telah bergaduh besar dalam bilik rumah mereka gara-gara hal kereta tersebut. Saat kemuncaknya apabila Pendi keluar dari bilik itu lalu pergi mengambil pisau di dalam sebuah bilik lain. Entah apa yang merasuki Pendi, dia telah bertindak untuk menikam Ema sampai mati dengan cara tikaman di bahagian perut dan leher. Maka Ema pun mati serta merta di lokasi kejadian. Tiara dan Nova yang terbangun daripada tidur turut menemui ajal tidak lama selepas terdengar bunyi bising di rumah mereka . Dua adik-beradik berkenaan dibunuh oleh Pendi pada waktu berasingan semasa mereka berdua memasuki bilik tidur Ema. Tiara terlebih dahulu mati akibat ditikam manakala Nova pula dicekik. Sesudah membunuh, Pendi cuba untuk membunuh diri dengan menikam perutnya sendiri menggunakan pisau. Walau bagaimanapun, cubaan tersebut gagal kerana Pendi merasakan kesakitan yang tidak dapat untuk dia tahan.
Keesokan paginya, Pendi sekali lagi menikam perutnya.
Cumanya kali ini, dia sudah mempunyai perancangan tersendiri. Usai berbuat
sedemikian, Pendi menjerit kesakitan sambil meminta bantuan daripada jiran
terdekat. Mendengar jeritan itu, jiran Pendi yang melihatnya dalam keadaan
berlumuran darah terus bergegas untuk menghubungi pihak berwajib. Pendi pada
mulanya mendakwa bahawa rumahnya telah dicerobohi oleh perompak. Keterangan
Pendi tersebut ternyata mengundang rasa curiga terhadap pihak polis yang
menjalankan sesi soal siasat terhadapnya. Kecederaan itu adalah atas beberapa
sebab seperti penemuan cap jari Pendi sendiri pada tempat pemegang pisau yang
diyakini sebagai senjata pembunuhan serta pada masa sama tiada sebarang
kehilangan barangan berharga di lokasi kejadian.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Begitulah juga dengan nasib Pendi. Dia akhirnya membuat pengakuan tentang pembunuhan Ema, Nova dan Tiara susulan desakan secara psikologi yang dibuat oleh pasukan penyiasat. Motif pembunuhan Pendi tidak lain tidak bukan adalah kerana sudah tidak tahan dengan perangai Ema yang menyuruhnya untuk membayar sekali wang ansuran kereta itu. Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes, Pendi yang didapati bersalah telah dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun. Sebelum dijatuh hukum, Pendi telah membuat permohonan maaf kepada keluarga isterinya atas apa yang sudah berlaku.
Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM SEKELUARGA DI TANGERANG"