LUKISAN BERHANTU DI BRIGHTON
Kisah lukisan berhantu ini dilaporkan berlaku di Brighton, England. Ada seorang wanita telah menemui sebuah lukisan terbuang lalu dibawanya pulang ke rumah. Namun apa yang berlaku kemudian yakni selepas wanita itu menggantung lukisan berkenaan pada dinding rumahnya, dia mula mengalami gangguan kejadian paranormal. Tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenarannya tentang kisah ini, cukuplah sekadar untuk bahan bacaan saja.
Kisah sebenar bermula apabila seorang wanita berusia 55
tahun bernama Mel Hamilton telah menemui sebuah lukisan terbuang di sebuah
kawasan sampah sarap. Lukisan yang sudah pun rosak pada bahagian bingkai
tersebut merupakan potret seorang wanita berpakaian jubah putih dan memakai
perhiasan.Mel yang tertarik dengan lukisan memutuskan untuk membawa pulang
lukisan itu ke rumahnya. Lukisan yang dilukis pada tahun 1973 tersebut telah
digantung pada dinding rumah Mel selepas digantikan dengan bingkai baru. Sejak
lukisan itu digantung, ada beberapa kejadian menyeramkan yang berlaku kepada
Mel.
Diringkaskan cerita iaitu setelah Mel bercerai dengan suaminya, dia telah berpindah ke sebuah rumah baru dengan membawa lukisan berkenaan sekali. Tidak lama selepas perpindahan itu, anjing peliharaan Mel tiba-tiba saja meninggal dunia. Malah siaran televisyen sering kali bertukar siaran dengan sendiri. Lagi menyeramkan apabila pintu apartment terbuka dan tertutup tanpa sesiapa pun pun yang ada berada berdekatan dengan pintu. Ada kala tombol pintu berpusing sendiri seakan seperti cuba dibuka oleh seseorang. Paling tidak masuk akal, bunga serta tanaman yang baru dibeli Mel mati dalam beberapa jam selepas dibawa masuk ke dalam rumah.
Mel dapat merasakan seolah-olah ada roh jahat yang ingin
menghancurkan hidupnya. Mel juga berasa kecewa kerana segelintir orang tidak mempercayai
ceritanya berikutan dengan keadaannya yang bergelut dengan masalah ketagihan
alkohol pada sepanjang tempoh kejadian berlaku. Hanya selepas tiga tahun hidup
dalam ketakutan, Mel akhirnya telah menyuruh anak lelakinya untuk membuang
lukisan tersebut. Teka apa yang berlaku? Kejadian paranormal di rumah Mel
benar-benar berhenti. Tiada lagi televisyen bertukar siaran, tiada lagi pintu
terbuka tertutup dan tiada tombol berpusing. Mel pun berasa lega. Soal di mana
tempat lukisan itu dibuang, tidak jelas akan perkara itu.
Catat Ulasan for "LUKISAN BERHANTU DI BRIGHTON"