Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

AWAS, PEDOFILIA ADA DI MANA-MANA

Rodion Volkov

    Moga artikel ringkas tentang kisah pedofilia kali ini dapat dijadikan sebagai iktibar dan pengajaran buat kita semua. Kena ingat bahawa manusia pedofilia ini ada di mana-mana. Mungkin tanpa kita sedari, tak mustahil dan boleh jadi orang terdekat dengan kita pun ada yang terdiri daripada golongan pedofilia. Sentiasalah berpesan kepada anak, adik atau saudara-mara kita yang masih kecil untuk tidak sesekali bersembang atau merelakan diri daripada didekati oleh orang tidak dikenali.

    Baiklah, kisah ini berlaku di negara Ukraine pada tahun 2020. Pada satu hari, ada seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang bernama Rodion Volkov telah berjalan kaki untuk pulang ke rumah selepas selesai menjalani sesi latihan bola sepak di sekolahnya. Sewaktu dalam perjalanan itu, Rodion tiba-tiba disapa oleh seorang lelaki tua yang berusia 59 tahun. Selepas berborak untuk seketika, lelaki tua tersebut terus mengajak Rodion pergi ke sebuah kedai untuk membelikannya gula-gula. Rodion yang langsung tidak mengesyaki apa-apa bersetuju mengenai perkara itu.

Imej rakaman CCTV

    Selepas keluar dari kedai tersebut, lelaki tua tadi sekali lagi memujuk Rodion. Kali ini Rodion diminta untuk menemani lelaki tua itu memasuki sebuah bangunan kosong. Apa yang berlaku terhadap Rodion kemudian yakni sewaktu dia berada dalam bangunan kosong tersebut, dia telah diliwat terlebih dahulu sebelum dibunuh dengan kejam oleh lelaki tua berkenaan. Sesudah Rodion tidak lagi bernyawa, mayatnya diperlakukan lelaki tua itu pula dengan aksi seksual.

    Kehilangan Rodion hanya disedari oleh keluarganya setelah dia langsung tidak pulang ke rumah serta pada masa sama gagal untuk dihubungi sama sekali. Risau dengan keadaan tersebut, maka keluarga Rodion pun melaporkan kehilangannya kepada pihak polis. Polis yang bertindak atas laporan itu telah melancarkan operasi pencarian berdasarkan isyarat data telefon Rodion. Hasil pencarian, pihak polis akhirnya berjaya menemui mayat Rodion yang dalam keadaan bertelanjang di dalam bangunan tersebut. Mengenai lelaki tua itu yang masih berada di lokasi kejadian pada waktu tersebut, pihak polis pun segera untuk menangkapnya. Penangkapan dibuat berikutan muka lelaki tua terbabit berlumuran dengan darah. Malah dia juga kelihatan sangat menggelabah apabila melihat pihak polis tiba.

    Berdasarkan laporan media sewaktu kisah ini menjadi tular, lelaki tua itu boleh dijatuhkan hukuman penjara untuk seumur hidup jika dia didapati bersalah. Walau bagaimanapun, masih tidak jelas samada lelaki tua yang tidak didedahkan identiti tersebut telah menerima hukuman atau sebaliknya. 

Catat Ulasan for "AWAS, PEDOFILIA ADA DI MANA-MANA"