DIEKORI SAMPAI KE DALAM RUMAH SEBELUM DIBUNUH
AMERIKA SYARIKAT –
Seorang wanita berusia 35 tahun tahun diekori hingga ke dalam apartment
kediamannya sebelum dia mati dibunuh dengan kejam oleh seorang lelaki
gelandangan. Mayat mangsa yang dikenali sebagai Christina Yuna Lee iaitu
seorang pekerja syarikat produksi kreatif telah ditemui di dalam tab mandi
dengan beberapa kesan tikaman pada tubuh badannya. Sementara itu, suspek pembunuhan
pula dikenalpasti sebagai Assamad Nash iaitu seorang lelaki gelandangan berusia
25 tahun yang pernah ditangkap sebanyak lapan kali atas beberapa rekod kesalahan
jenayah.
Dalam kejadian yang berlaku di bandar New York pada pukul
4.00 pagi hari Ahad lepas, Christina dilaporkan pulang ke rumah dengan menaiki
teksi. Sebaik saja Christina keluar dari teksi tersebut, Assamad telah
mengekorinya hingga ke tingkat enam bangunan apartment berkenaan. Apa yang
berlaku kemudian yakni sesudah Assamad memasuki apartment Christina, dia terus
bertindak untuk membunuh wanita itu. Christina dilaporkan mati serta merta
setelah kejadian pembunuhan tersebut berlaku. Menerusi rakaman kamera litar
tertutup di bangunan apartment, Christina diyakini tidak menyedari dirinya
telah diekori oleh Assamad. Pihak polis terus bergegas ke lokasi kejadian
selepas menerima laporan daripada penghuni apartment lain yang ada terdengar
suara jeritan Christina. Assamad kini sudah pun ditahan tanpa dibenarkan untuk
diikat jamin.
Pada masa sama, pihak polis telah mengesahkan bahawa Christina dan Assamad tidak mempunyai sebarang hubungan. Dalam erti kata lain, insiden itu merupakan serangan secara rawak akan tetapi belum dapat dipastikan samada pembunuhan yang Assamad lakukan tersebut adalah berunsurkan kebencian. Susulan kematian Christina, ramai pihak ternyata benar-benar bersimpati dengan nasib yang dia alami. Menurut para kenalannya, Christina digambarkan sebagai seorang wanita berkepimpinan tinggi yang begitu baik.
Catat Ulasan for "DIEKORI SAMPAI KE DALAM RUMAH SEBELUM DIBUNUH"