DIROGOL SEBELUM DIBUNUH DI LADANG SAWIT
INDONESIA – Baru-baru ini, negara Indonesia telah dikejutkan dengan berita pembunuhan kejam seorang gadis remaja berusia 16 tahun yang dikenali sebagai Vebby Riskika Mayasthani. Dia dipercayai telah dirogol terlebih dahulu sebelum dibunuh dengan begitu kejam sekali.
Kisah sebenar bermula pada 2 Februari lalu apabila Vebby
dilaporkan keluar dari rumahnya dengan menaiki motosikal untuk membeli data internet
telefon. Namun apa yang berlaku selepas itu, Vebby langsung tidak pulang ke
rumah. Ibu Vebby yang berasa bimbang dengan perkara tersebut kemudian membuat
laporan polis. Bertindak atas laporan itu, pihak polis yang tidak melengahkan
masa terus bergegas untuk melakukan operasi pencarian. Vebby dilaporkan memakai
tudung dan baju sejuk berwarna hitam serta berseluar putih sewaktu hari
kehilangannya.
Hanya empat hari selepas kehilangan Vebby, mayatnya yang
ditimbun dengan tanah akhirnya telah ditemui di sebuah kawasan ladang sawit.
Penemuan mayat Vebby yang tidak berseluar itu dibuat oleh seorang lelaki yang
merupakan anggota daripada keluarga pemilik ladang sawit berkenaan. Kepala
Vebby telah ditutup menggunakan baju sejuk hitam manakala mulutnya pula disumbat
dengan kain. Pengecaman mayat Vebby telah dilakukan oleh keluarganya sendiri.
Susulan penemuan mayat Vebby, pihak polis tidak mengambil masa lama untuk menangkap suspek bernama Sandhika Arya Syahputra yang juga berusia 16 tahun. Penangkapan dibuat selepas pihak polis menerima maklumat daripada seorang saksi yang mendakwa Sandhika ada meminjam cangkul daripadanya dengan alasan untuk menanam sawit semasa tempoh kehilangan Vebby. Pihak polis turut menemui telefon milik Vebby pada Sandhika. Hasil soal siasat, Sandhika telah membuat pengakuan tentang pembunuhan Vebby yang dia lakukan.
Berdasarkan keterangan daripada Sandhika, dia dan Vebby
telah berhubung menerusi Messenger laman Facebook. Mereka berdua telah bersepakat
untuk bertemu di ladang sawit selepas Sandhika menyatakan kesudiannya untuk
meminjamkan sejumlah wang seperti yang dipinta Vebby. Setibanya Vebby di
lokasi, dia pun mengikuti Sandhika menuju ke sebuah pondok dalam ladang sawit
tersebut. Di situlah Vebby yang dalam keadaan haid telah dirogol lalu dicekik
oleh Sandhika sampai mati. Sesudah pembunuhan itu berlaku, Sandhika pun beredar
pergi. Dia bagaimanapun kembali semula ke lokasi kejadian pada keesokan harinya
untuk melakukan kerja-kerja penanaman mayat.
Buat masa sekarang, kes masih lagi dalam siasatan. Kurang
jelas mengenai hukuman yang bakal diterima Shandika memandangkan statusnya yang
masih berada di bawah umur.
Catat Ulasan for "DIROGOL SEBELUM DIBUNUH DI LADANG SAWIT"