Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

GADIS 14 TAHUN DIBUNUH LALU DISETUBUHI MAYATNYA


    INDONESIA – Penduduk di sekitar Samboja telah dikejutkan dengan berita penemuan mayat seorang gadis remaja berusia 14 tahun di sebuah kebun pisang. Mayat gadis itu yang hanya dikenali sebagai AM itu ditemui pada hari Isnin (21/2/2022) di dalam tanah berlumpur dengan keadaannya bertelanjang.

    Kisah bermula pada hari Ahad lalu apabila bapa AM telah membuat laporan polis mengenai kehilangan AM. Susulan laporan tersebut, maka pihak polis berserta para sukarelawan terus melancarkan operasi mencari dan menyelamat dengan tempat tumpuan pencarian adalah bertempat di sekitar kawasan tempat tinggal AM. Operasi itu ternyata menjadi tidak sia-sia apabila pasukan pencarian kemudian berjaya menemui mayat AM di sebuah kebun pisang yang hanya berjarak 100 meter dari rumahnya. Menurut kenyataan daripada pegawai berkaitan, mayat AM telah ditutup dengan serpihan simen dan batu supaya tubuh badannya tidak timbul ke permukaan.

    Hasil maklumat yang pihak polis terima, mereka tidak perlu mengambil masa lama untuk menangkap suspek yang dikenalpasti sebagai SA (37 tahun). Penangkapan tersebut dibuat selepas SA yang turut menyertai operasi pencarian kelihatan panik sewaktu berada di kawasan penanaman mayat AM. Malah dia juga tiba-tiba ingin beredar pergi dengan alasan ingin membuang air besar sedangkan rumahnya hanya berlokasi kira-kira 60 meter dari lokasi terbabit. Selepas disoal siasat, SA yang juga merupakan jiran kepada AM akhirnya membuat pengakuan tentang pembunuhan itu.

    Setakat yang diketahui setakat ini, SA melakukan pembunuhan kejam tersebut adalah kerana dendamnya terhadap ibu bapa AM. Mengikut cerita daripada SA, dia telah membunuh AM dengan cara pukulan pada bahagian kepala menggunakan kayu. Lebih dahsyat yakni selepas AM tidak lagi bernyawa, mayatnya telah diseret hingga ke kebun sebelum disetubuhi oleh SA. Sesudah berasa puas melakukan perbuatan terkutuk itu, SA pun menguburkan mayat AM.

    Kes masih lagi dalam siasatan pihak polis. 

Catat Ulasan for "GADIS 14 TAHUN DIBUNUH LALU DISETUBUHI MAYATNYA "