JUMPA TEMAN LELAKI HANYA UNTUK DIBUNUH
Ashley sebelum ini terbang ke England untuk bertemu dengan
teman lelakinya yang dikenali sebagai bernama Jack Sepple, 23 tahun. Seperkara
harus diketahui, Ashley telah mengenali Jack menerusi laman media sosial. Buat
masa sekarang, Jack telah pun ditahan kerana dipercayai membunuh Ashley. Pada
masa sama, pihak polis mengesahkan bahawa mereka tidak lagi mencari mana-mana
individu yang diyakini terlibat dalam pembunuhan Ashley.
Ashley telah pun berada di England sejak dari beberapa minggu yang lepas sempena trip cuti percutiannya dengan Jack. Malah Ashley ada memuat beberapa keping gambar swafotonya bersama Jack di laman media sosial Facebook dengan kapsyen seperti “my bestie” dan “Jack and I”. Ashley digambarkan oleh anggota keluarga serta rakan kenalannya sebagai seorang gadis yang baik hati, peramah dan mudah mesra.
Kes dilaporkan masih dalam siasatan dengan pihak polis dijangka akan berada di lokasi selama beberapa hari lagi untuk kerja-kerja pemeriksaan forensik. Pihak polis juga menggesa kepada mereka yang mempunyai maklumat untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan.
Catat Ulasan for "JUMPA TEMAN LELAKI HANYA UNTUK DIBUNUH"