KISAH PEMBUNUHAN KEJAM SITI MARHATUSOLIHAT
Kisah pembunuhan kejam ini berlaku di daerah Serang,
Indonesia pada tahun 2017. Pada tahun itu, Siti Marhatusolihat merupakan
seorang gadis cantik yang berusia 18 tahun. Dia yang merupakan anak bongsu daripada
tiga orang adik beradik digambarkan sebagai seorang anak yang baik, sopan dan
mendengar kata-kata orang tuanya. Disebabkan perwatakannya yang sangat peramah
tersebut, Siti ternyata begitu disenangi oleh ramai orang.
Kisah sebenar bermula pada 30 November 2017 di mana hari itu
Siti telah disuruh oleh ibunya untuk pergi menghantar makanan kepada pelanggan
dengan menaiki motosikal. Selepas selesai melakukan penghantaran makanan
tersebut yakni sewaktu Siti dalam perjalanan pulang ke rumah, dia tiba-tiba
ditahan oleh seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dikenali sebagai Erik
Saputra. Tujuan Erik menahan Siti pada waktu itu adalah untuk meluahkan
perasaan cintanya. Luahan Erik tersebut bagaimanapun telah ditolak mentah-mentah
oleh Siti. Erik ternyata berasa sakit hati kerana Siti sudah menolak cintanya
selama tiga kali. Disebabkan berasa malu, Erik bertindak untuk mengheret Siti
hingga menuju ke sebuah kawasan pinggir sungai iaitu sungai Cibongor. Di situ,
ada tiga orang dewasa rakan Erik sudah pun bersedia menunggu kedatangan Siti.
Apa yang berlaku kemudian, Siti telah dirogol secara bergilir-gilir oleh Erik dan rakan-rakannya. Entah apa yang merasuki Erik, dia seterusnya menghentak kepala Siti selama berkali-kali. Tak cukup dengan itu, kepala Siti juga dibenam ke dalam air sungai selama beberapa kali hingga dia akhirnya meninggal dunia. Belum berasa puas, Erik serta tiga orang rakannya sekali lagi melakukan aksi rogol terhadap mayat Siti. Selepas berbuat sedemikian, mereka berempat pun menyembunyi mayat Siti di sebalik semak samun untuk seketika. Kesemua mereka kembali semua ke lokasi kejadian menjelang waktu malam hari yang sama bagi melakukan kerja-kerja menghilangkan mayat. Mayat Siti dibuang ke dalam sungai dengan cara ikatan batu dan buluh pada tubuh badan supaya tidak timbul pada permukaan sungai. Sesudah itu, Erik dan rakan-rakannya pun beredar pergi dengan membawa pulang telefon dan motosikal milik Siti.
Menyedari anak perempuan mereka hilang tanpa sebarang jejak,
ibu bapa Siti yang tidak melengahkan masa segera membuat laporan polis. Bertindak atas laporan berkenaan, maka pihak
polis pun terus melakukan operasi pencarian. Pada masa sama, berita kehilangan
Siti menjadi tular di laman sosial. Hanya selepas dua minggu berikutnya, ibu
bapa Siti menerima perkhabaran yang sangat menyedihkan. Beritanya, penemuan
mayat Siti yang terapung di sungai. Berdasarkan laporan forensik, Siti telah
mengalami keretakan tengkorak selain patah pada bahagian rahang dan tulang
hidung.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Begitulah juga dengan nasib Erik. Sebaik saja mendengar berita tergempar mengenai penemuan mayat Situ, Erik cuba melarikan diri ke Jakarta akan tetapi mujur sajalah pihak polis bertindak lebih pantas untuk melakukan penangkapan terhadapnya. Mengenai rakan subahat Erik yang lain, ketiga-tiga mereka ditangkap susulan maklumat yang diberikan oleh Erik sendiri. Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes, Erik yang didapati bersalah telah dihukum penjara selama 10 tahun dan 6 bulan melakukan kerja-kerja kebajikan. Hukuman yang dianggap ringan tersebut adalah atas status Erik yang masih berada di bawah umur. Sementara itu, rakan-rakan Erik pula dipenjarakan selama 4 hingga 12 tahun. Keluarga Siti dikatakan benar-benar berasa kecewa dengan hukuman pelaku yang langsung tidak setimpal dengan perbuatan kejam mereka.
Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM SITI MARHATUSOLIHAT "