Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN KEJAM VALERIE REYES

    Pada 28 Januari 2019, seorang wanita bernama Norma Sanchez telah menerima panggilan telefon daripada anak perempuannya iaitu Valerie Reyes yang berusia 24 tahun. Dalam perbualan telefon mencemaskan itu, Valerie yang juga merupakan seorang pelukis tatu memberitahu bahawa dia sedang berada dalam ketakutan kerana ada seseorang cuba untuk membunuhnya. Apabila Norma bertanya lebih lanjut mengenai perkara tersebut, tiada jawapan yang Valerie berikan. Mendengar luahan Valerie, Norma memang berasa risau kerana dia tahu tentang status kesihatan anak perempuannya itu yang mempunyai penyakit kemurungan serta kegelisahan.

    Perkara yang menjadi kerisauan Norma kemudian benar-benar berlaku yakni keesokan hari selepas panggilan telefon tersebut, Valerie tidak datang bekerja sebelum dia disahkan hilang. Hanya selepas lapan hari selepas kehilangan Valerie, Norma mendapat perkhabaran berita yang sangat menyedihkannya. Mayat Valerie telah ditemui dalam sebuah beg pakaian yang berlokasi di tepi jalan raya dengan keadaan mulutnya disumbat dengan pita pelekat manakala tangan dan kaki pula terikat. Berdasarkan laporan forensik, Valerie telah mengalami kecederaan trauma pada bahagian kepalanya. Dalam erti kata lain, Valerie dipukul oleh pelaku. Cuma yang lebih sadis, Valerie dimasukkan ke dalam beg pakaian secara hidup-hidup lalu dibiarkan kesesakan nafas sampai mati.

    Susulan penemuan mayat Valerie, pihak polis tidak mengambil masa lama untuk mengesan dan menangkap suspek. Identiti suspek itu dikenali sebagai Javier Da Silva,  lelaki berdarah Portugal yang berusia 24 tahun. Dia dan Valerie dilaporkan mula berkenalan pada tahun 2018 melalui sebuah laman sembang di internet. Namun pada bulan April tahun tersebut, mereka berdua telah berpisah. Empat hari sebelum kehilangan Valerie, dia telah bertengkar dengan Javier atas sebab yang tidak dapat untuk dipastikan. Rentetan daripada insiden pertengkaran itu, Javier yang berasa tidak berpuas hati telah bertindak pergi ke apartment kediaman Valerie untuk melakukan pembunuhan. Sesudah pembunuhan dan selesai melakukan kerja-kerja pembuangan mayat, Javier sekali lagi mengambil wang daripada akaun bank Valerie. Malah dia juga menjual Ipad milik Valerie untuk membeli set komputer riba.

    Berhubung dengan kes perbicaraannya, Javier yang didapati bersalah atas melakukan penculikan hingga menyebabkan kematian telah dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun.

Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM VALERIE REYES "