Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

MANGSA ROGOL DIARAK DI JALANAN

    INDIA - Seminggu lalu yakni bertempat di daerah Shahdara, Delhi, tular video rakaman insiden seorang wanita muda yang juga merupakan mangsa rogol telah diarak di jalanan. Lebih dahsyat, orang ramai yang melihat kejadian itu bersorak kegembiraan. Dalam video rakaman tersebut, mangsa yang sebelumnya dirogol telah dipukul dan diheret dengan dia hanya mampu untuk menjerit kesakitan tanpa ada sesiapa pun cuba membantunya. Muka mangsa juga disimbah dengan cat hitam manakala rambutnya pula dipotong. Susulan rakaman itu, pihak polis telah pun menangkap seramai 12 orang suspek termasuk lapan orang wanita dan tiga orang lelaki di bawah umur.

    Berdasarkan keterangan daripada pihak polis, mangsa berusia 21 tahun yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak itu diperlakukan sedemikian gara-gara dendam lama oleh pelaku. Setakat yang diketahui setakat ini, mangsa sebelum ini pernah menolak cinta daripada seorang remaja lelaki berusia 16 tahun. Remaja lelaki tersebut dikatakan kerap menghubungi mangsa. Mangsa dirayu supaya meninggalkan suaminya. Selepas berasa kecewa cintanya ditolak, remaja berkenaan yang tinggal berdekatan dengan rumah mangsa telah bertindak untuk membunuh diri pada bulan November tahun lepas. Jadi keluarga remaja itu yang berasa tidak berpuas hati kemudian menyimpan dendam terhadap mangsa. Mereka bersepakat untuk memberikan pengajaran terhadap mangsa.

    Kisah bermula pada pagi 26 Januari 2021 apabila mangsa telah diculik oleh empat orang lelaki. Kejadian penculikan tersebut berlaku betul-betul di depan rumah suami mangsa. Buat masa sekarang, mangsa sedang berada di sebuah perlindungan serta pada masa sama menerima sesi kaunseling sebagai rawatan trauma. Pihak polis juga telah menyediakan kawalan keselamatan yang ketat untuk keluarga mangsa.

Catat Ulasan for "MANGSA ROGOL DIARAK DI JALANAN "