Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

MAYAT DALAM TAB MANDI

     AUSTRALIA – Pada 23 Januari lepas, mayat seorang gadis bernama Aminah Hayat yang berusia 19 tahun telah ditemui dalam tab mandi apartment kediamannya yakni bertempat di North Parramatta, barat Sydney. Aminah dipercayai mati dibunuh oleh teman lelakinya sendiri yang dikenali sebagai Meraj Zafar, 20 tahun antara dari waktu tengah hari hingga jam lima petang pada hari Sabtu. Penemuan mayat itu dibuat oleh pihak polis selepas mereka memecah masuk apartment Aminah susulan laporan daripada saudara terdekat yang berasa bimbang dengan keselamatannya.

    Terdapat laporan yang mendakwa bahawa Meraj dan Aminah baru saja berkahwin pada beberapa minggu sebelum kejadian pembunuhan ini. Walau bagaimanapun, perkara ini masih tidak dapat disahihkan. Namun apa yang pasti, pasangan itu telah tinggal bersama sejak dari bulan Oktober tahun lalu. Meraj dilaporkan kini sudah pun menyerah diri selepas pihak polis mengeluarkan imejnya sewaktu memandu sebuah trak yang diambil menerusi rakaman kamera litar tertutup. Trak berkenaan telah pun pihak polis rampas untuk kerja-kerja pemeriksaan forensik.

    Berdasarkan keterangan media yang diberikan oleh pegawai penyiasat,

    “Pihak berkuasa yang tiba di unit apartment telah menemui mayat seorang wanita di dalam tab mandi. Saya mengesahkan penemuan bahan kimia dalam tab mandi tersebut. Cuma buat masa sekarang, saya belum dapat memastikan bahan apakah itu. Lokasi kejadian memang sangat mencabar buat pihak polis. Sebaik mereka tiba di lokasi kejadian lalu menemui bahan kimia, mereka terpaksa berundur dan terpaksa menghubungi unit yang sepatutnya.”

    Sementara itu, ibu bapa Aminah benar-benar berasa sedih dengan kematian anak mereka. Sukar untuk mereka terima tentang kenyataan tersebut. Menurut sumber, Meraj dan Aminah digambarkan sebagai pasangan yang baik dan tidak bermasalah. Beberapa hari sebelum pembunuhan Aminah, Meraj ada memuatnaik sekeping foto mereka saling berpelukan pada laman media sosialnya. Perbicaraan kes dijangka akan mula bersidang di mahkamah pada 5 April kelak. 

Catat Ulasan for "MAYAT DALAM TAB MANDI"