Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEDRO LOPEZ : Pembunuh Bersiri Paling Gila Lagi Kejam

    Pedro Lopez atau nama sebenarnya iaitu Pedro Alonso Lopez merupakan seorang pembunuh bersiri, peliwat kanak-kanan dan pelaku nekrofilia yang berasal dari negara Columbia. Dia yang dilahirkan pada tahun 1948 merupakan anak ketujuh daripada 13 orang adik beradik di mana ibunya adalah seorang pelacur. Bapa kandung Pedro telah meninggal dunia sewaktu Pedro masih lagi berada dalam kandungan ibunya.

    Membesar dalam persekitaran aktiviti pelacuran ternyata banyak mempengaruhi Pedro untuk melahirkan sisi gelapnya. Seawal usia lapan tahun, Pedro diusir keluar dari rumah oleh ibunya. Pengusiran tersebut dibuat gara-gara Pedro telah cuba untuk mencabul adik perempuannya sendiri. Pedro kemudian berpindah ke Bogota sebelum tinggal di sebuah rumah perlindungan. Harapkan pegar, pegar makan padi. Begitulah juga dengan nasib Pedro apabila dia menjadi mangsa liwat kepada lelaki penjaga rumah perlindungan berkenaan. Menginjak usia 12 tahun, Pedro dijaga pula oleh sebuah keluarga angkat yang bersimpati dengan nasibnya. Pedro telah dihantar untuk pergi bersekolah. Tidak tahan sering diliwat oleh seorang guru di sekolah itu, maka Pedro tekad untuk melarikan diri.

    Pedro seterusnya melakukan aktiviti jenayah mencuri kereta bagi meneruskan kelangsungan hidup. Nasib malang Pedro berterusan apabila dia dapat ditangkap oleh pihak polis lalu dipenjarakan. Sewaktu Pedro berada dalam penjara, dia telah diliwat oleh dua orang banduan. Sebelum dibebaskan dari penjara, Pedro sempat membunuh dua orang banduan tersebut sebagai aksi balas dendam. Pembunuhan itulah yang menjadi detik permulaan kepada Pedro menjadi seorang pembunuh bersiri. Sepanjang tempoh Pedro melakukan aksi pembunuhan berantai yakni selepas pembebasannya dari penjara, dia dipercayai telah membunuh sekitar 300 orang dengan rata-rata mangsanya adalah kanak-kanak perempuan dari Columbia, Peru dan Ecuador yang berusia dari 9 hingga 12 tahun. Pedro dikatakan membunuh seramai tiga orang kanak-kanak pada setiap minggu.

Antara mangsa Pedro

    Seperkara harus diketahui, Pedro sebenarnya pernah ditangkap oleh suku kaum di Peru yang dikenali sebagai Ayachucos ketika dia cuba melakukan aksi penculikannya. Akibat penangkapan tersebut, dia nyaris untuk ditanam hidup-hidup oleh kaum Ayachucos. Mujur sajalah Pedro sempat diselamatkan oleh seorang mubaligh. Pedro dilepaskan setelah mubaligh itu berjanji kepada kaum Ayachucos untuk menyerahkannya kepada pihak polis. Pedro memang benar-benar diserahkan kepada pihak polis Peru akan tetapi nasib menyebelahinya sekali lagi apabila dia dibebaskan semula atas sebab yang tidak dapat untuk dipastikan.

    Pada tahun 1980, Pedro ditangkap buat kali kedua selepas didapati melakukan cubaan menculik seorang kanak-kanak perempuan. Hasil soal siasat oleh pihak polis, Pedro telah membuat pengakuan tentang 300 kes pembunuhan kanak-kanak perempuan yang dia sudah lakukan. Berdasarkan bukti yang sedia ada, Pedro hanya disabitkan 110 kesalahan daripada jumlah angka tersebut dengan 53 mayat berjaya ditemui. Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes, Pedro telah dijatuhkan dengan hukuman penjara maksimum selama 16 tahun. Dia bagaimanapun menjalani hukuman itu di hospital psikiatri berikutan berikutan pakar perubatan yang mengesahkannya kurang siuman.

    Tahun 1998, Pedro dibebaskan kerana berkelakuan baik. Hingga pada hari ini, tiada sesiapa pun yang tahu mengenai lokasi terkini Pedro. Samada dia masih hidup atau sebaliknya, tiada jawapan untuk perkara itu. Cumanya pada tahun 2002, pihak polis Columbia ada mengeluarkan waran penangkapan terhadap Pedro susulan terdapat satu kes bunuh yang serupa dengan cara pembunuhannya. Mengikut pengakuan daripada Pedro yang digelar sebagai “The Monster of the Andes,

    “Aku suka perempuan di Ecuador kerana mereka mempunyai sifat lemah-lembut, naif dan mudah percayakan orang.”

Catat Ulasan for "KISAH PEDRO LOPEZ : Pembunuh Bersiri Paling Gila Lagi Kejam"