Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

SELAMATKAN FAWAZ!

    SYRIA – Selepas Rayan, kini giliran nama Fawaz atau nama sebenarnya iaitu Fawaz Al-Qatifan menjadi tular di laman media sosial. Kanak-kanak Syria yang berusia 8 tahun tersebut menjadi mangsa penculikan pada tiga bulan lepas iaitu sewaktu dia dalam perjalanan pulang ke sekolah. Baru-baru ini, penculik yang masih tidak diketahui identitinya itu telah menyebarkan video Fawaz diseksa oleh mereka. Apa yang dapat dipastikan hingga setakat ini, penyebaran video tersebut dibuat bertujuan sebagai ugutan kepada keluarga Fawaz untuk menyerahkan wang tebusan sebanyak 500 juta Pound mata wang Syria yakni bersamaan dengan RM572 000.

    Dalam video yang sangat menyentuh emosi itu, Fawaz yang hanya berpakaian seluar dalam dengan tubuh badannya kelihatan semakin kurus hanya mampu untuk menjerit kesakitan apabila dipukul secara berulang kali. Rintih Fawaz, “Demi Allah, jangan pukul saya.” Apa yang benar-benar menyedihkan, keluarga Fawaz dikatakan masih tidak dapat untuk membayar wang tebusan seperti yang telah diminta oleh keluarga penculik biarpun sudah menggadaikan segala harta benda mereka.

    Susulan penyebaran video berkenaan, ramai pihak kini menggesa pihak berwajib supaya menyelamatkan Fawaz dengan kadar segera. Laman media sosial di negara-negara Arab kini dipenuhi dengan tagar “Save the Child Fawaz Al-Qatifan.” Rata-rata netizen mengharapkan Fawaz dapat untuk diselamatkan dan kembali tinggal bersama dengan keluarganya. Ada juga yang mendoakan agar penculik mendapat pembalasan yang setimpal. 

Catat Ulasan for "SELAMATKAN FAWAZ!"