SUAMI BURU DAN PENGGAL KEPALA ISTERI SENDIRI
IRAN – Baru-baru ini, negara Iran dikejutkan lagi dengan
satu kes pembunuhan demi kehormatan yang berlaku di bandar Ahvaz di mana
seorang lelaki tergamak untuk memenggal kepala isterinya sendiri. Lebih dahsyat
yakni selepas kejadian pembunuhan berlaku, lelaki itu berjalan dengan tangan
kanan menggenggam pisau manakala tangan kiri membawa kepala isterinya. Rakaman
sesudah kejadian tersebut telah tular di laman media sosial.
Beli di Shopee : https://shope.ee/8pDTAVj6n2 |
Mangsa pembunuhan kejam itu dikenali sebagai Mona Heydari, 17 tahun. Suaminya yang merupakan si pembunuh pula bernama Sajjad Heydari. Apa yang diketahui, Mona telah dipaksa untuk berkahwin dengan Sajjad iaitu sepupunya sendiri pada ketika usianya 12 tahun. Sejak dari awal perkahwinan tersebut, Mona tidak pernah hidup bahagia bersama walaupun mereka berdua mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia 3 tahun. Sajjad dikatakan bukan seorang suami yang baik. Dia yang berperangai panas selalu memaki hamun dan memukul Mona.
Sampai satu masa, Mona yang sudah tidak tahan tinggal
bersama Sajjad tekad untuk melarikan diri ke negara Turki. Sepanjang tempoh
empat bulan Mona berada di Turki, dia telah dipujuk berkali-kali oleh Sajjad
termasuk keluarganya untuk pulang semula ke Iran. Menyedari Mona yang keras
hati, bapanya iaitu Javad telah terbang ke Turki untuk membawa anak
perempuannya itu pulang dengan mengusulkan beberapa kertas kerja berkaitan
kepada pihak berkuasa Turki.
Beli di Shopee : https://shope.ee/1L7SEt3MIr |
Tidak lama selepas Mona kembali ke Iran, dia terus dibunuh oleh Sajjad. Pembunuhan tersebut dilakukan Sajjad dengan bantuan abangnya. Media melaporkan bahawa Mona telah diikat terlebih dahulu sebelum dipenggal kepalanya. Sajjad dan abangnya sudah pun ditangkap atas tuduhan membunuh Mona. Kedua-dua mereka menggunakan alasan melakukan pembunuhan itu sebagai balas dendam kepada Mona yang dipercayai telah melakukan menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki. Cuma sejauh mana kebenaran akan perkara ini masih lagi tidak dapat dipastikan.
Susulan insiden ini, Ensieh Khazali selaku Naib Presiden Hal Ehwal Wanita Iran menggesa Parlimen supaya mengambil langkah sepatutnya dengan kadar segera. Orang ramai turut mendesak pihak kerajaan Iran untuk menggubal undang-undang dalam memperketatkan lagi perlindungan terhadap kaum wanita. Sebanyak 375 hingga 450 kes pembunuhan demi kehormatan dilaporkan berlaku di Iran pada setiap tahun.
Catat Ulasan for "SUAMI BURU DAN PENGGAL KEPALA ISTERI SENDIRI"