CINTA SUAMI SAMPAI HUJUNG NYAWA
CHINA – Cinta seorang suami hingga hujung nyawa, itulah
ungkapan paling sesuai untuk seorang lelaki bergelar suami yang dikenali
sebagai Zhang Mingrong. Bayangkan, dia sanggup mendaki gunung sambil mendukung
isterinya yang lumpuh demi mengotakan janji mereka untuk melihat matahari
terbit bersama.
Sebelum Zhang dan isterinya iatu Kong Yan bergelar sebagai
pasangan suami isteri, hubungan mereka telah ditentang oleh keluarga Kong.
Perkara ini berikutan Zhang bukan daripada keturunan orang kaya selain dianggap
sebagai beban kerana dia menggalas tanggungjawab besar untuk menjaga ibunya
yang kurang upaya dan menanggung perbelanjaan adik-beradik lain. Demi hidup
bersama dengan Zhang, maka pada satu hari Kong pun bertindak untuk melarikan
diri dari rumahnya. Namun malang sekali apabila Kong telah terjatuh sewaktu
cuba memanjat dinding sekaligus menyebabkannya mengalami kecederaan saraf lalu
menjadi lumpuh dari paras pinggang hingga kaki.
Selepas Kong terlantar sakit hingga memerlukan penjagaan rapi, keluarganya mula merasakan dia sebagai satu bebanan. Disebabkan itu, keluarga Kong bersetuju supaya Kong dijaga oleh Zhang. Rasa cintanya yang mendalam terhadap Kong menyebabkan Zhang sanggup untuk mengeluarkan wang simpanan bagi membiayai kos rawatan perubatan teman wanitanya itu. Malah Zhang rela melakukan beberapa buah pekerjaan demi mendapatkan wang sampingan. Zhang dan Kong akhirnya berkahwin secara rasmi pada tahun 2013. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu mendapat dua orang anak yakni seorang lelaki dan seorang perempuan. Setelah Kong kian beransur pulih, Zhang pun menunaikan janji yang mereka pernah buat pada waktu sebelum Kong tercedera di mana mereka berdua berjanji untuk mendaki gunung dengan tujuan melihat matahari terbit bersama. Zhang telah memilih gunung Taishan yang juga merupakan gunung paling tertinggi di wilayah Shandong sebagai simbolik cintanya kepada Zhang.
Pada tahun 2017, Zhang dan Kong berjaya mendaki gunung Taishan dalam tempoh masa 12 jam walaupun pendakian gunung tersebut sebenarnya hanya perlu mengambil masa lima hingga enam jam. Bagi Zhang, kali pertama dia dan isterinya mencapai gunung itu adalah salah satu kenangan terindah dalam hidup mereka. Zhang dan Kong seterusnya menjadikan acara pendakian gunung Taishan ini sebagai acara tahunan. Pasangan suami isteri tersebut mengulangi kejayaan pendakian pada tahun 2019, 2020 dan 2021. Cumanya pada pendakian tahun 2021, Zhang telah mendapat kecederaan parah akibat terjatuh. Dalam erti kata lain, Zhang tidak lagi boleh lagi melakukan aktiviti pendakian pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, Zhang tetap berpuas hati kerana telah dapat menunaikan permintaan isterinya yang tercinta.
Catat Ulasan for "CINTA SUAMI SAMPAI HUJUNG NYAWA"