Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

GARA-GARA TIDAK MASAK, SUAMI DITIKAM ISTERI PADA BAHAGIAN KEMALUAN

    THAILAND – Seorang lelaki berdepan pengalaman paling ngeri dalam hidup selepas bahagian kemaluannya ditikam dengan senjata lembing oleh isterinya. Insiden tersebut dikatakan berpunca daripada insiden pertengkaran gara-gara lelaki berkenaan yang tidak menyediakan makan malam.

    Kisah bermula pada malam 3 Mac lalu yakni bertempat di Buriram di mana si isteri iaitu Chanita Kedrum (43 tahun) pulang ke rumah selepas selesai bekerja si sebuah ladang tebu. Chanita yang dalam kepenatan terus berasa marah apabila mendapati suaminya yang bernama Boonchuey Mooseeton (45 tahun) tidak menghidangkan makan malam sekaligus memicu pertengkaran antara mereka berdua. Lebih membuatkan Chanita marah, dia mendapat tahu tentang Boonchuey sebelum itu yang telah pulang ke rumah dalam keadaannya mabuk. Chanita yang berasa kemudian mengambil lembing lalu menikam bahagian kemaluan Boonchuey.

    Selepas insiden tersebut berlaku, Boonchuey bukannya pergi ke hospital akan tetapi pulang ke rumah ibunya kerana terlalu mabuk. Hanya pada hari keesokannya, barulah Boonchuey mendapatkan rawatan di hospital setelah mendapati luka bahagian kemaluannya semakin teruk. Boonchey yang dirawat telah menerima 17 jahitan di bahagian kemaluannya itu. Namun mengikut pengakuan yang dibuat daripada Chanita, dia terpaksa menikam Boonchuey kerana diserang secara fizikal serta pada masa sama menafikan menggunakan lembing sebagai senjata tikaman. Dakwa Chanita mengenai selepas kejadian, dia membiarkan saja Boonchuey melarikan diri dengan menaiki motosikal.

    Laporan daripada pasukan perubatan mengesahkan bahawa kecederaan pada bahagian kemaluan Boonchey adalah akibat ditikam. Buat masa sekarang, Boonchuey yang tidak melaporkan insiden tersebut kepada pihak polis akan tinggal di rumah ibunya hingga Chanita kembali tenang. 

Catat Ulasan for "GARA-GARA TIDAK MASAK, SUAMI DITIKAM ISTERI PADA BAHAGIAN KEMALUAN"