Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH DI SEBALIK DOKUMENTARI WORST ROOMMATE EVER

    Sejauh manakah anda mengenali rakan sebilik atau serumah tempat anda tinggal? Jika dia seorang yang sangat baik, adakah anda percaya perwatakan tersebut memang perangainya yang sebenar? Namun bagaimana pula jika semua itu adalah lakonannya saja? Dalam erti kata lain, dia mempunyai sisi gelap yang tersendiri dan tinggal bersama dengan anda demi kepentingannya diri sendiri. Baru-baru ini Netlifx baru saja menayangkan siri dokumentari terbaru berjudul “Worst Roommate Ever” untuk musim pertama dengan mempunyai empat episod berbeza. Dokumentari ini mengungkap kisah serta pengalaman daripada beberapa orang individu yang pernah tinggal serumah dengan orang asing yang sebenarnya adalah seorang penipu dan pembunuh. Berikut adalah ringkasan cerita untuk empat episod dalam dokumentari Worst Roommate Ever ini :

1. CALL ME GRANDMA (Dorothea Puente) :

    Pada sekitar tahun 1980an, Dorothea Puente adalah seorang wanita pertengahan usia yang mengendalikan sebuah rumah perlindungan untuk golongan warga emas, orang kurang upaya dan mereka yang mempunyai masalah ketagihan dadah. Kisah sebenar bermula apabila seorang pekerja sosial membuat laporan polis tentang kehilangan salah seorang penghuni di rumah kendalian Dorothea itu. Susulan laporan tersebut, pihak polis pun pergi menyiasat dan melakukan kerja-kerja penggalian tanah di sekitar kawasan rumah Dorothea yang berakhir dengan penemuan beberapa mayat. Pembunuhan yang dilakukan oleh Dorothea bagi membolehkannya mengambil cek kebajikan milik mangsanya.


2. BE CAREFUL OF THE QUIET ONES (KWANG CHOI JOY)

    Pada 3 Mei 2013 bertempat di California, seorang lelaki bernama Kwang Choi Joy yang berusia 55 tahun telah menelefon pihak polis bagi membuat laporan tentang kehilangan rakan serumahnya iaitu Maribel Ramos, 36 tahun. Seperkara dapat dipastikan, Kwang adalah individu terakhir yang dipercayai melihat Maribel secara sahih. Berdasarkan keterangan daripada teman lelaki Maribel yang dikenali sebagai Paul Lopez, Maribel telah bergaduh dengan Kwang pada malam kehilangannya. Pertengkaran itu dikatakan berpunca daripada Kwang yang sudah lama tidak membayar sewa rumah. Pihak polis seterusnya melakukan penangkapan terhadap Kwang yang disyaki telah membunuh Maribel. Penangkapan tersebut dibuat hasil intipan pihak polis pada komputer dan telefon milik Kwang. Mayat Maribel akhirnya berjaya ditemui di sebuah kawasan lembah curam. Tentang nasib Kwang, dia yang didapati bersalah melakukan pembunuhan peringkat kedua telah dihukum penjara seumur hidup.


3. MARATHON MAN (Youssef Khater)

    Youssef Khater adalah seorang penipu yang mendakwa dirinya sebagai bekas seorang anggota tentera. Selain itu, dia juga mendakwa dirinya adalah pelari maraton Palestin sekaligus membolehkannya mendapat sejumlah wang tajaan daripada organisasi pejuang Palestin di Chile. Apa yang pasti, semua dakwaan tersebut adalah pembohongan semata-mata oleh Youssef. Dalam erti kata mudah, Youssef merupakan seorang penipu besar. Pada tahun 2011, Youssef telah cuba membakar rakan sebiliknya yang bernama Callie Quinn secara hidup-hidup. Namun mujur sajalah Callie terselamat dalam insiden kebakaran tersebut. Youssef yang kemudian ditangkap telah dipenjarakan selama 18 bulan di Chile. Tidak dapat dipastikan lokasi terkini Youssef selepas pembebasannya. Ada yang mengatakan dia berada samada di Denmark atau Costa Rica.


4. ROOMMATE WANTED (Jamison Bachman)

    Pada tahun 2017, seorang lelaki bernama Jamison Bachman telah ternampak satu iklan bilik kosong untuk disewa. Jadi, Jason pun menelefon pengiklan itu yang dikenali sebagai Alex Miller. Menerusi panggilan telefon tersebut, Jason memperkenalkan dirinya sebagai Jed Creed yang bekerja sebagai seorang peguam. Dalam pertemuan pertama mereka yang berakhir dengan persetujuan bersama, Alex menerima cek deposit sebanyak $800 daripada Jamison. Tidak lama selepas tinggal bersama, mereka berdua kerap bertengkar berikutan tindakan Jamison yang enggan untuk membayar bil utiliti. Sampai satu masa, pihak polis terpaksa menangkap Jamison kerana melanggar dia perintah perlindungan daripada mendekati Alex. Jamison bagaimanapun bernasib baik apabila dia diikat jamin oleh abangnya yang dikenali sebagai Harry Bachman. Jamison ternyata adik yang tidak mengenang budi apabila dia tergamak untuk membunuh Harry. Susulan kematian Harry, Jamison dipenjarakan sebelum dia ditemui mati akibat bunuh diri dalam bilik sel pada bulan Disember 2017 dengan cara menggantung lehernya.

Catat Ulasan for "KISAH DI SEBALIK DOKUMENTARI WORST ROOMMATE EVER "