KISAH LEYLA MAFI YANG BENAR-BENAR MENYEDIHKAN
Kisah yang benar-benar menyedihkan ini berlaku di negara
Iran. Ada seorang wanita yang bernama Leyla Mafi di mana dia dipaksa oleh ibunya
untuk menjadi pelacur sejak dari kecil. Akibat aktiviti pelacuran tersebut,
Leyla telah melahirkan anak seawal usianya 9 tahun. Tiga tahun kemudian, Leyla
sekali lagi melahirkan anak keduanya yakni juga kesan daripada aktiviti
pelacuran yang dia lakukan. Bayangkan, Leyla bergelar sebagai seorang ibu
kepada dua orang anak pada usianya yang masih mentah.
Tidak lama selepas kelahiran anak keduanya itu, Leyla dijual
pula kepada seorang lelaki Afghanistan untuk dijadikan sebagai isteri buat
sementara waktu. Suami Leyla ini mengaut keuntungan dengan menyuruh Leyla
sekurang-kurangnya seramai 15 orang lelaki untuk semalam. Dalam erti kata lain,
Leyla dipaksa melacur. Dua tahun selepas perkahwinan tersebut, rumah suami
Leyla telah diserbu oleh pihak polis. Semua orang yang berada dalam rumah itu
ditangkap termasuklah Leyla sendiri. Suami Leyla yang didapati bersalah kerana
menjalankan aktiviti pelacuran telah dijatuhkan hukuman penjara selama lima
tahun. Lebih mengejutkan, abang Leyla tiba-tiba membuat pengakuan bahawa dia
telah merogol Leyla. Susulan daripada pengakuan tersebut, abang Leyla dihukum
sebat manakala Leyla sendiri pula menerima pertuduhan melakukan hubungan
sumbang mahram yang boleh menyebabkannya dihukum mati.
Nasib malang Leyla berterusan iaitu sewaktunya berusia 14
tahun, dia sekali lagi menjadi pelacur akibat dipaksa oleh ibu mentuanya.
Perkara ini sekaligus menyebabkan mengandung semula hingga melahirkan sepasang
anak kembar. Tiada jalan untuk Leyla keluar daripada kehidupan gelapnya kerana
dia seterusnya dijual kepada seorang lelaki tua berstatus suami orang yang
berusia 55 tahun. Skrip yang sama, Leyla disuruh untuk terlibat dalam aktiviti
pelacuran.
Mujur sajalah kisah sadis Leyla ini telah sampai ke telinga seorang wanita hak aktivis manusia yang dikenali sebagai Ashieh Amini. Hasil usaha perjuangan Ashieh, ancaman hukuman mati yang Leyla terima pada waktu sebelumnya ditukar kepada hukuman 99 sebatan. Terdapat laporan yang melaporkan bahawa Leyla rupa-rupanya mempunyai level pemikiran seperti seorang budak perempuan berusia lapan tahun. Perkara ini bermaksud Leyla mengalami masalah lewat perkembangan. Leyla kini dilaporkan diletakkan di bawah penjagaan rumah kebajikan. Di situlah dia belajar membaca, menulis dan memahami asas kehidupan yang lain.
Catat Ulasan for "KISAH LEYLA MAFI YANG BENAR-BENAR MENYEDIHKAN"