KISAH PEMBUNUHAN KEJAM INTAN MULYATIN
Kisah pembunuhan kejam ini berlaku di Nusa Tenggara Barat, Indonesia pada tahun 2020. Tahun itu, Intan Mulyatin adalah seorang wanita berhijab berusia 25 tahun yang bekerja sebagai seorang jururawat. Dia yang merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik digambarkan sebagai seorang anak yang baik, rajin dan mendengar kata kedua-dua orang tuanya. Dalam erti kata lain, Intan bukan seorang wanita yang bermasalah sama sekali.
Intan mempunyai seorang teman lelaki yang tujuh tahun lebih
tua daripadanya iaitu Arif Satriadin. Mengenai Arif, dia adalah seorang
pensyarah yang mengajar di sebuah institusi perguruan swasta berlokasi di Kota
Bima. Intan dan Arif telah pun menjalinkan hubungan sejak dari tahun 2016.
Walau bagaimanapun, hubungan mereka berdua itu sudah lama ditentang serta tidak
direstui oleh orang tua Intan. Perkara tersebut berikutan Intan dan Arif
mempunyai pertalian saudara yang sangat dekat yakni pasangan sepupu. Biarpun
mendapat tentangan hebat daripada ibu bapanya, Intan tetap dengan pendirianna
untuk terus bersama dengan Arif.
Pada bulan Disember 2019, Intan dikatakan telah mengajak Arif untuk berkahwin. Arif bagaimanapun belum bersedia pada waktu tersebut atas faktor kewangan. Namun terdapat versi cerita lain mengatakan Arif yang mendesak Intan untuk berkahwin akan tetapi ditolak oleh Intan. Intan terpaksa membuat penolakan tersebut atas statusnya yang masih lagi belajar pada ketika itu. Hinggalah pada bulan Mei 2020, Arif datang ke rumah Intan untuk mendapatkan restu kahwin daripada ibu bapa Intan sendiri. Namun alangkah betapa kecewanya Arif apabila lamaran perkahwinannya telah ditolak mentah-mentah oleh ibu bapa Intan. Lebih mengecewakan serta menyakitkan hati Arif adalah ayat berbaur sindiran yang ibu Intan tujukan kepadanya. “Walaupun malaikat sekalipun yang akan datang melamar, saya akan tetap tolak.” Benarlah orang kata, kata-kata itu lebih tajam daripada mata pedang. Sejak kejadian tersebut, hubungan Intan dan Arif menjadi semakin dingin. Intan lebih banyak mendiamkan diri berbanding waktu sebelumnya.
Hinggalah bulan Ogos 2020 di mana tiada angin tiada ribut,
Arif tiba-tiba mendengar perkhabaran tentang Intan yang akan melangsungkan
majlis perkahwinnya dengan lelaki lain. Betapa remuknya hati Arif apabila
mendapat tahu mengenai perkara itu. Emosi Arif terus menjadi tidak menentu.
Manakan tidak, wanita yang dia sangat dicintai akan dimiliki oleh lelaki lain.
Jadi kisah sebenar pun bermula pada pagi 5 Ogos 2020, Intan telah menghantar
ibunya pergi berniaga di sebuah pasar dengan menaiki motosikal. Tidak lama
kemudian, Intan pun kembali pulang ke rumah. Sewaktu dalam perjalanan pulang
itulah, Intan dikejutkan dengan kemunculan Arif yang menghalang laluannya
secara mengejut. Kedua-dua mereka dilihat sempat untuk berborak sebelum
berlakunya pertengkaran. Entah apa yang merasuki Arif, dia telah menikam perut
Intan menggunakan pisau dengan cara tikaman berkali-kali. Sesudah melakukan aksi
kejam tersebut, Arif terus bergegas melarikan diri dari lokasi kejadian. Orang
awam yang melihat insiden berkenaan segera menghubungi pihak polis. Intan pula
disahkan meninggal dunia sewaktu mendapatkan rawatan di hospital.
Berdasarkan maklumat yang sedia ada, pihak polis ternyata tidak perlu mengambil masa yang lama untuk melakukan penangkapan terhadap Arif. Menerusi pengakuan daripada Arif, dia mengaku berasa sangat hati dengan sindiran ibu Intan serta pada masa sama sukar untuk menerima kenyataan Intan yang akan menjadi isteri orang lain. Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes, Arif yang didapati bersalah telah dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun.
Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM INTAN MULYATIN"