KISAH PEMBUNUHAN KEJAM MOLLIE TIBBETTS

Mollie Cecilia Tibbetts dilahirkan pada 8 Mei 1998 di San
Fransisco, California, Amerika Syarikat. Sewaktu Mollie berusia tujuh tahun,
ibu bapanya telah bercerai. Sejak penceraian tersebut, Mollie tinggal bersama
dengan ibu dan dua orang adik beradik lelakinya di Iowa. Selain itu, Mollie
yang juga merupakan seorang pelajar jurusan psikologi di Universiti Iowa dikata
seorang wanita yang sangat baik, peramah, petah dalam berkata-kata dan aktif
bersukan. Mollie juga mempunyai seorang teman lelaki bernama Dalton Jack yang
dikenalinya sejak dari tahun 2015.
![]() |
Dalton dan Mollie |

Pihak berkuasa yang menerima laporan kehilangan Mollie terus
melancarkan operasi mencari Mollie secara besar-besaran. Pada minggu terawal operasi
berkenaan, tiada sebarang petunjuk yang dapat untuk ditemui. Misteri
menghilangnya Mollie benar-benar menjadi tumpuan media pada ketika itu.
Bayangkan, seorang wanita yang keluar pergi berjoging tiba-tiba saja hilang
tanpa sebarang jejak. Namun hanya selepas empat minggu kehilangan Mollie, pihak
polis telah menerima maklumat tentang rakaman kamera litar tertutup yang
menunjukkan sebuah kereta model jenis Chevrolet Malibu berwarna hitam
berulang-alik di laluan tempat Mollie berjoging. Berdasarkan semakan data yang
dibuat oleh pihak polis, mereka tidak mengambil masa lama untuk mengenalpasti
pemilik kereta tersebut. Dia dikenalpasti sebagai Cristhian Bahena Rivera, 24
tahun. Sedikit tentang Cristhian, dia adalah seorang pendatang haram berasal
dari Mexico yang bekerja di ladang tenusu. Sesudah penangkapannya, Cristhian
akhirnya membuat pengakuan mengenai pembunuhan Mollie.

Jadi, apa sebenarnya yang berlaku terhadap Mollie pada hari kejadian? Menurut cerita Cristhian, hari itu dia telah ternampak Mollie sedang berjoging. Apa yang pasti, Mollie telah menarik perhatian Cristhian. Maka Cristhian pun mengekori Mollie lalu cuba memikat wanita tersebut. Walau bagaimanapun, Mollie enggan untuk melayan Cristhian malah turut mengugut untuk menghubungi pihak polis jika dia diganggu secara berterusan. Dakwa Cristhian lagi, salah satu perkara terakhir yang dia ingat adalah sewaktu berada di sebuah ladang jagung dengan mayat Mollie berada di dalam but keretanya. Dalam erti kata lain, Cristhian langsung tidak mengingati bagaimana dia boleh membunuh Mollie. Tentang Mollie, mayatnya yang sudah mereput teruk telah ditemui di sebuah ladang jagung seperti yang diberitahu Cristhian dalam keadaan separuh bogel. Hasil laporan forensik, Mollie dipercayai telah ditikam dengan objek tajam sebanyak 7 hingga 12 tikaman di dada, tulang rusuk, kepala dan tangan. Senjata pembunuhan bagaimanapun gagal untuk dikesan.
Kesudahan kes, Cristhian yang didapati bersalah atas pembunuhan peringkat pertama telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Sewaktu perbicaraan kes, Cristhian tiba-tiba membuat dakwaan cerita tentang kewujudan dua orang lelaki bertopeng pada hari kejadian pembunuhan Mollie akan tetapi pihak pembelaan tidak mempunyai mana-mana bukti kukuh untuk membuktikan perkara tersebut. Seperkara lagi harus diketahui dalam kes pembunuhan Mollie ini, Presiden Amerika Syarikat pada waktu itu iaitu Donald Trump sememangnya terkenal dengan kelantangannya dalam menentang pendatang haram. Maka tidak hairanlah dia menggunakan kematian Mollie yang disebabkan oleh pendatang haram sebagai isu agenda politik sekaligus menimbulkan kemarahan orang ramai terutamanya keluarga Mollie.
Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM MOLLIE TIBBETTS"