Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

LELAKI SEMBUNYI DALAM LOTENG RUMAH, HENDAP WANITA PUJAANNYA

    AMERIKA SYARIKAT – Seorang lelaki berusia 20 tahun ditangkap selepas dipercayai melakukan aktiviti menghendap di rumah seorang wanita yang tidak didedahkan identitinya. Berdasarkan keterangan daripada pihak berkuasa, lelaki berkenaan iaitu Mauricio Damian-Guerrero itu telah menceroboh masuk ke rumah mangsa yang terletak di New Hampshire sebelum memulakan aktiviti hendapnya.

    Kisah bermula pada 9 Februari lalu apabil pihak polis menerima maklumat daripada seorang wanita berusia 24 tahun yang terdengar bunyi mencurigakan dari dalam loteng rumahnya. Pada waktu sebelumnya, wanita tersebut terjaga selepas menyedari ada seseorang yang berada di pintu bilik tidurnya. Setibanya pihak polis di lokasi kejadian, mereka telah melakukan pemeriksaan di loteng rumah lalu menemui Mauricio. Turut ditemui di dalam loteng rumah itu adalah makanan ringan, alat bantu dengar dan bekas cawan yang Mauricio gunakan untuk membuang air kecil. Pihak polis juga turut menemui alat penjejak Bluetooh di mana Maurico berniat untuk meletakkan alat tersebut di kereta mangsa.

    Berdasarkan siasatan yang pihak polis jalankan, Maurico sudah menghendap wanita yang dia kenali di laman OnlyFans itu selama beberapa hari. Dalam telefon Mauricio juga didapati mempunyai klip rakaman video wanita tersebut yang sedang tidur dalam keadaan berbogel. Lain-lain rakaman adalah rakaman bilik tidur di rumah itu termasuklah bilik tidur mangsa. Mengikut pengakuan daripada wanita tersebut, dia pernah kehilangan kunci rumah secara misteri sebelum dapat ditemui semula. Dakwa wanita itu lagi, tingkap dan pintu rumah pada beberapa hari sebelum kejadian adakala berada dalam keadaan terbuka biarpun sudah ditutup.

    Hasil sesi soal siasat, Mauricio membuat pengakuan tentang pencerobohan ke rumah wanita tersebut untuk mengambil televisyen dan alat perapian yakni hadiah pemberiannya. Pada masa sama, Maurico mengaku telah mencuri foto dan seluar dalam dari rumah wanita itu. Maurico yang berdepan dengan empat pertuduhan melakukan rompakan kini sudah dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu hari perbicaraan.

Catat Ulasan for "LELAKI SEMBUNYI DALAM LOTENG RUMAH, HENDAP WANITA PUJAANNYA"