Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KEKASIHKU ADALAH IBU KANDUNGKU!


    Sumbang mahram bermaksud hubungan jenis mereka yang mempunyai tali persaudaraan dan perkahwinan antara mereka adalah tidak sah di sisi undang-undang atau dilarang oleh adat resam. Hubungan jenis yang dimaksudkan adalah seperti remaja dengan ibu bapa mereka, pasangan adik beradik, ibu bapa saudara, datuk dan sebagainya. Sumbang mahram telah dikenalpasti sebagai sejenis penganiayaan seksual yang merosakkan kesihatan fizikal, mental dan sosial. Apa yang pasti, hubungan haram ini sememangnya mempunyai banyak kesan buruk terutama diketahui berpotensi tinggi menghasilkan keturunan yakni secara biologinya lemah, baik fizikal mahupun mental (cacat), atau bahkan merbahaya (membawa maut).

    Baiklah, kisah kali ini berlaku di Nex Mexico, Amerika Syarikat. Pada tahun 2016, Monica Mores adalah seorang wanita berusia 36 tahun yang tinggal bersama dengan sembilan orang anaknya hasil hubungan dengan lelaki yang berlainan. Sewaktu Monica berusia 16 tahun, dia telah melahirkan anak pertamanya yang dinamakan sebagai Carlos. Walau bagaimanapun, Monica yang enggan untuk menjaga dan menanggung Carlos bersendirian membuat keputusan untuk menyerahkan Carlos kepada keluarga angkat di Texas. Sejak dari itu, Monica dan Carlos tidak pernah lagi berjumpa.

    Hinggalah satu hari iaitu selepas 19 tahun peristiwa penyerahan Carlos kepada keluarganya tersebut, Monica telah menerima satu mesej di laman Facebook daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Caleb Peterson. Apa yang mengejutkan Monica, Caleb rupa-rupanya adalah Carlos yang sudah lama berusaha untuk menjejakinya semula. Bermula dari situ, Monica dan Caleb pun saling bercerita tentang kehidupan masing-masing sebelum mereka berdua membuat keputusan untuk berjumpa dan tinggal bersama. Saat kali pertama Monica datang menjemput Caleb di rumah keluarga angkatnya, kedua-duanya saling berpelukan sambil mengalir air mata.

    Tidak lama selepas itu, Monica dan Caleb mengambil kata sepakat untuk tinggal bersama. Namun apa yang berlaku kemudian, tiada rasa ikatan ibu bapa yang mereka rasakan. Apa yang tersemai hanyalah bibit-bibit cinta. Monica mula mencintai Caleb, Caleb mencintai Monica. Lebih parah, Monica dan Caleb mula berasmara dengan berpelukan, bercumbu lalu disudahi dengan aksi di ranjang. Saudara terdekat Monica dan jiran terdekat tempat tinggal bagaimanapun kurang senang melihat keromantikan dua anak beranak tersebut yang ternyata melanggar hukum agama dan bertentangan dengan norma masyarakat. Rentetan daripada perkara itu, laporan polis pun dibuat mengenai hubungan sumbang mahram yang terjalin antara Monica dengan Caleb.

    Pihak polis di New Mexico yang menerima laporan tersebut seterusnya menangkap Monica dan Caleb. Mengikut undang-undang di New Mexico, individu yang melakukan perbuatan sumbang mahram berdepan dengan hukuman penjara maksimum selama tiga tahun dan denda wang sebanyak $5000. Cumanya sewaktu sesi perbicaraan, Monica dan Caleb membuat pengakuan di depan hakim bahawa cinta mereka adalah cinta sejati yang tidak akan dapat dipisahkan sama sekali. Monica dan Caleb yang mengaku bersalah telah diberikan hukuman percubaan selama tiga tahun di mana mereka berdua dilarang berhubung atau bertemu untuk tempoh 18 bulan pertama. Hanya selepas itulah barulah Monica dan Caleb dibenarkan bersemuka semula di bawah garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berwajib.

    Hukuman yang Monica dan Caleb lalui tersebut sedikit pun tidak mematahkan perjuangan cinta mereka. Masing-masing tekad untuk kekal setia dan terus menunggu hingga tamat tempoh hukuman. Sesudah selesai menjalani hukuman pemisahan itu, rancangan Monica dan Caleb adalah berpindah ke tempat lain yang membenarkan hubungan sumbang mahram. Monica rela untuk kehilangan semua anaknya untuk memiliki Caleb. Kata Monica,

    “Saya rasa seperti baru berjumpa dengan orang baru dalam hidup saya dan terus jatuh cinta kepada Caleb. Waktu pertama kali saya meluahkan perasaan, saya beritahu kepadanya, saya minta maaf sebab saya tak tahu bagaimana dengan reaksi awak nanti. Saya adalah ibu awak dan awak adalah anak lelaki saya akan tetapi saya sudah jatuh cinta dengan awak.”

    Jelas Caleb,

    “Saya tidak pernah merasa ada orang memasak untuk saya atau memberikan saya apa-apa benda. Dia menggembirakan hidup saya dan saya terus jatuh cinta kepadanya. Saya tidak pernah memandang dia sebagai ibu saya. Rasanya seperti pergi ke kelab dan berjumpa orang secara rawak. Rasa normal sahaja. Kami keluar bersama, saya memandangnya dan dia pun memandang saya. Saya pun mencium bibirnya. Ciuman sebenar yang penuh bermakna.”

Catat Ulasan for "KEKASIHKU ADALAH IBU KANDUNGKU!"