KISAH ENA MATSUOKA : Bahana Swafoto
Kecanggihan teknologi pada zaman sekarang memang tidak dapat
untuk dinafikan lebih-lebih lagi dalam memudahkan urusan kehidupan seharian
manusia sejagat. Namun kena ingat, kecanggihan teknologi sering disalahgunakan
oleh manusia berkepentingan yang mempunyai niat jahat. Perkara inilah berlaku
kepada penyanyi pop wanita Jepun yang bernama Ena Matsuoka pada tahun 2019 di
mana dia telah diserang oleh seorang lelaki tidak dikenali di kawasan
kediamannya. Fakta yang paling tidak diduga, lelaki tersebut mengetahui lokasi
kediaman Ena hanya menerusi gambar swafoto yang wanita itu muatnaik di laman media
sosial.
Jadi, bagaimana insiden serangan tersebut terjadi? Kisah
bermula pada malam 1 September 2019 bertempat di Tokyo apabila Ena Matsuoka yang
berusia 21 tahun yakni merupakan anggota kumpulan pop Jepun iaitu Tenshitsukinukeniyomi
sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya yakni jenis apartment. Sampai di
pintu apartment kediamannya, Ena tiba-tiba dicabul oleh seorang lelaki tidak
dikenali yang tiba-tiba muncul di belakangnya. Mulut Ena ditutup dengan kain
sebelum badannya diheret di sebuah kawasan penjuru blok apartmen tersebut yang
gelap. Di situ, Ena bukan saja dicabul bahkan turut dipukul lelaki itu secara
bertubi-tubi hingga dia mengalami kecederaan. Ena bagaimanapun telah dapat
melepaskan diri lalu bergegas menuju ke balai polis berhampiran untuk membuat
laporan berhubung dengan insiden tersebut.
Berdasarkan rakaman litar tertutup di bangunan apartment itu, pihak polis tidak perlu mengambil masa lama untuk menjejaki dan melakukan penangkapan terhadap si pelaku yang dikenali sebagai Hibiki Sato, 26 tahun. Hasil soal siasat, Hibiko telah membuat pengakuan bahawa dia adalah individu yang menyerang Ena. Dakwa Hibiko lagi, dia merupakan peminat obses yang sudah lama melakukan aktiviti hendap terhadap Ena. Dalam erti kata lain, insiden serangan Ena itu adalah terancang dan bukannya secara rawak. Paling mengejutkan, pendedahan daripada Hibiko bagaimana dia menghendap Ena.
Menurut Hibiko, dia mencari mencari maklumat mengenai Ena melalui setiap gambar swafoto wanita itu di laman media sosial seperti Twitter. Menerusi salah satu daripada gambar tersebut, Hibiko telah membuat penelitian imej pantulan dalam mata Ena secara zum yang menunjukkan lokasinya yang sedang berada di stesen kereta api. Hibiko kemudian membuat semakan imej tersebut pada aplikasi Google Street View bagi mengesan lokasi sebenar stesen kereta api itu. Selepas mengetahui lokasi stesen kereta api tersebut, Hibiko meneliti pula gambar swafoto Ena yang lain untuk memastikan ketepatan lokasi berkenaan. Perkara ini bermaksud, kereta api itu adalah pengangkutan awam yang memang selalu dinaiki oleh Ena. Jadi pada hari kejadian, Hibiko telah mengekori Ena dari stesen kereta api tersebut. Lagi gila, lokasi apartment Ena pula diketahui Hibiko dengan cara mengkaji latar belakang serta pencahayaan dalam gambar swafoto wanita itu.
Tentang keputusan perbicaraan kes pada bulan Februari 2020, Hibiko yang didapati bersalah atas pertuduhan menyerang Ena telah dijatuhkan hukuman penjara selama 30 bulan.
Catat Ulasan for "KISAH ENA MATSUOKA : Bahana Swafoto "