KISAH KEMATIAN RANGGA AQSHAL MUSTAQIM YANG BENAR-BENAR MENYEDIHKAN
Kisah pembunuhan kejam ini berlaku di Aceh, Indonesia pada tahun 2020. Tahun itu bertempat di Kecamatan Birem Bayeun, Aceh Timur, ada seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an yang sedang hamil tiga bulan tinggal bersama dengan suami dan dua orang anak lelakinya iaitu Rangga Aqshal Mustaqim (9 tahun) dan Muhammad Rizky (5 tahun). Rangga dan Rizky adalah anak hasil perkahwinan terdahulu wanita tersebut. Bapa kandung dua adik-beradik itu bernama Fadli Fajar. Sebenarnya Rangga dan Rizky sebelum itu memang tinggal bersama dengan Fadli. Cuma pada dua minggu sebelum kejadian, bekas isterinya telah mengambil Rangga dan Rizky untuk tinggal kembali bersamanya. Fadli terpaksa merelakan perkara tersebut setelah melihat Rangga dan Rizky yang tidak berhenti merengek untuk mengikut ibu mereka. Fadli dan bekas isterinya itu telah bercerai pada tahun 2018.
Baiklah, kisah sebenar bermula pada malam 9 Oktober 2020.
Lokasi rumah yang didiami Rangga dan Rizki duduki bersama ibu mereka tersebut
sememangnya agak terpencil dari rumah penduduk kampung. Rumah mereka adalah
sebuah rumah kecil yang dikelilingi dengan kebun sawit. Pada lewat malam
tersebut, suami wanita itu tiada berada di rumah kerana keluar untuk pergi
menangkap ikan. Apa yang berlaku kemudian yakni sewaktu Rangga berserta adik
dan ibunya sedang tidur, rumah mereka telah diceroboh masuk oleh seorang lelaki
berusia 41 tahun yang dikenali sebagai Samsul. Lelaki tersebut yang merupakan
bekas banduan mempunyai niat jahat untuk merogol ibu Rangga. Samsul memang
sudah lama melakukan aktiviti hendap terhadap ibu Rangga.
Dari kiri : Ibu Rangga, Rangga dan Samsul |
Seterusnya, ibu Rangga terbangun setelah menyedari Samsul menyentuh tubuh badannya. Ibu Rangga terus menjerit ketakutan saat melihat seorang lelaki yang tidak dikenali cuba untuk merogolnya. Jeritan ibu Rangga itu sekaligus menyebabkan Rangga turut terbangun lalu terus bergegas ke bilik ibunya. Melihat kehadiran Rangga, ibunya sekali lagi menjerit menyuruh Rangga untuk melarikan diri. Walau bagaimanapun, Rangga enggan untuk berganjak sama sekali. Malah Rangga memberanikan diri untuk melawan Samsul. Namun tindakan Rangga itu memakan dirinya sendiri apabila dia ditetak serta ditikam berkali-kali oleh Samsul dengan parang. Akibat tetakan dan tikaman tersebut, Rangga mati serta-merta di lokasi kejadian. Walaupun Rangga sudah tidak lagi bernyawa, Samsul tetap meneruskan aksi rogolnya terhadap ibu Rangga. Sesudah berasa puas, Samsul beredar pergi sambil membawa mayat Rangga untuk dibuang ke dalam sungai.
Usai ibu Rangga tersedar daripada pengsan, dia bergegas
meminta bantuan daripada penduduk kampung. Pihak polis yang menerima laporan
berhubung dengan insiden itu segera melakukan operasi pemburuan Samsul dan
pencarian mayat Rangga. Pihak polis tidak memerlukan masa lama untuk menangkap
Samsul pada malam 11 Oktober 2020 di mana dia dikesan bersembunyi di dalam
hutan. Sewaktu ditangkap, Samsul sempat untuk cuba melawan bagi melepaskan
diri. Perkara ini memaksa pihak polis melepaskan tembakan ada kaki kirinya. Tidak
lama selepas penangkapan Samsul dibuat, mayat Rangga yang terapung di sungai
telah ditemui oleh pasukan pencarian.
Maka Samsul pun ditahan di dalam penjara sebelum pendakwaan bermula. Baru seminggu di dalam penjara, Samsul meninggal dunia akibat dehidrasi susulan tindakan mogok lapar yang dia telah lakukan. Samsul dilaporkan sempat mengadu sesak nafas sebelum menghembuskan nafas terakhir. Mengenai ibu Rangga, dia mengalami trauma kerana insiden rogol dan pembunuhan anaknya itu. Seorang lagi individu paling terkesan dalam kes pembunuhan ini tidak lain tidak bukan Fadli yang benar-benar berasa sedih atas kematian Rangga. Jelas Fadli dalam keadaannya menangis,
“Arwah memang berbeza
daripada kanak-kanak yang seusia dengannya. Dia adalah seorang anak yang
cerdas, periang, berpendirian teguh dan selalu mendapat tempat teratas dalam di
dalam kelasnya. Malah dia sekarang sudah mampu untuk membaca Al-Quran.”
“Allah S.W.T. lebih
sayangkan dia hingga mengambilnya dengan begitu awal. Selamat jalan anakku, kami
akan selalu merinduimu nak.”
Catat Ulasan for "KISAH KEMATIAN RANGGA AQSHAL MUSTAQIM YANG BENAR-BENAR MENYEDIHKAN"