KISAH KEMATIAN SADIS ALBERTO DAN RICARDO
Diringkaskan cerita pada 29 Ogos 2018, bapa saudara Ricardo
yang berusia 43 tahun iaitu Alberto Flores yakni seorang petani telah mengajak
Ricardo untuk pergi mengambil barang pembinaan bangunan di sebuah kawasan
berdekatan dengan kampung mereka. Alberto dan Ricardo menuju ke lokasi itu
dengan menaiki kereta Black Ford berwarna hitam. Selepas tiba di lokasi
tersebut, Alberto dan Ricardo pun berehat di sebuah kawasan parkir yang
berhampiran dengan sekolah rendah. Maka mereka berdua pun berborak sebentar
sambil meminum bir. Namun tanpa pasangan saudara tersebut sedari, gerak-geri
mereka telah diperhatikan oleh penduduk sekitar. Perkara ini berikutan
tersebarnya satu mesej Whatsapp tentang dua individu yang menaiki Black Ford
berwarna hitam sedang mencari kanak-kanak berkeliaran untuk dijadikan sebagai
mangsa penculikan. Teks Whatsapp itu bertulis,
“Diharap semua orang
berhati-hati kerana ada penculik kanak-kanak telah memasuki negara kita.
Penjenayah ini terbabit dengan aktiviti pemerdagangan manusia. Pada beberapa
hari lepas, ada kanak-kanak yang berusia 4, 8 dan 14 tahun telah didapati
hilang dengan terdapat tanda pada tubuh badan yang menunjukkan organ mereka
dikeluarkan. Perut mereka dibelah dan didapati kosong.”
Bunyi teks mesej Whatsapp tersebut sememangnya menakutkan.
Cuma perkara yang sebenarnya, cerita penculikan kanak-kanak itu tidak benar
sama sekali. Dalam erti kata lain, teks mesej Whatsapp itu adalah sekadar
cerita palsu. Apa yang menjadi masalah, ramai penduduk di kampung berkenaan
bena-benar mempercayai cerita penculikan kanak-kanak tersebut. Maka apa yang
berlaku kemudian, Alberto dan Ricardo menjadi mangsa keadaan apabila tiba-tiba dikelilingi
oleh penduduk kampung itu sebelum diheret keluar dari kereta sebelum dipukul
beramai-ramai. Pihak polis yang mendapat makluman mengenai insiden tersebut
bergegas ke lokasi kejadian lalu terus membawa Alberto dan Ricardo ke balai
polis.
Situasi menjadi kian parah apabila semakin ramai perusuh yang berasa marah dan geram telah mengerumuni di luar balai polis tempat penahanan Alberto dan Ricardo. Kebanyakan mereka yang berada di situ berniat untuk meminta pihak polis untuk membunuh Alberto dan Ricardo yang disangkakan sebagai penculik dengan serta merta. Lagi menimbulkan kemarahan perusuh, tersebar lagi berita palsu di mana pihak polis akan membebaskan Alberto dan Ricardo. Perkara ini sekaligus menyebabkan perusuh tekad untuk menyerbu masuk balai polis walaupun sudah dijelaskan tentang Alberto dan Ricardo yang sememangnya tidak bersalah.
Pihak polis yang sudah tidak dapat untuk mengawal keadaan terpaksa membiarkan sahaja Alberto dan Ricardo diheret keluar. Sekali lagi, mereka berdua telah dipukul dengan begitu teruk sekali. Seorang sepupu perempuan Ricardo yang berada di lokasi kejadian cuba menjelaskan perkara sebenar akan tetapi penjelasannya langsung tidak diendahkan oleh perusuh. Akibat pukulan dahsyat yang bertubi-tubi itu, Ricardo akhirnya meninggal dunia. Alberto pula disimbah dengan minyak petrol terlebih dahulu dan seterusnya dibakar secara hidup-hidup. Begitu juga dengan mayat Ricardo. Kematian Alberto dan Ricardo tersebut telah disorak oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian. Malah ada antara mereka yang merakam dan mengambil foto mayat Alberto dan Ricardo kononnya sebagai tanda kemenangan serta kepuasan. Ibu bapa dan nenek Ricardo yang diberitahu tentang insiden tersebut segera ke hospital untuk membuat pengecaman mayat. Hati siapa saja yang tidak sedih melihat anak lelaki kesayangan meninggal dunia hanya kerana menjadi mangsa fitnah. Alberto pergi selama-lamanya meninggalkan isteri dan tiga orang anak perempuannya.
Dalam kes ini, pihak polis sebenarnya telah dikecam kerana tidak mengawal keadaan mengikut prosedur yang sepatutnya. Ini termasuklah tidak meminta pasukan bantuan datang ke balai polis. Berhubung dengan tertuduh, tidak dapat dipastikan berapa orang yang telah ditangkap kerana rata-rata mereka melarikan diri tidak lama selepas kejadian berlaku. Pengajaran ringkas daripada kisah ini, jadilah pengguna media sosial yang bijak dalam menyebarkan sesuatu berita. Tidak pasti, jangan kongsi. Tersilap sebar, samada diri atau orang lain yang akan merana.
Penduduk yg kurang otak sehat... Allah itu adil... pasti yg memyebar fitnah itu nanti tersungkur di neraka
BalasPadamAllahuakbar..sedihnya baca..kesian 2 beranak tu jd mangsa fitnah..celaka btl org yg menyebarkan berita palsu tu..polis n penduduk situ pon 2x5..bengong..
BalasPadamGeram aku😡