Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN AHMED ABBAS : Daging Manusia Masak Kurma

    Kisah pembunuhan kejam ini berlaku di negara Pakistan pada tahun 2011. Tahun itu, Zainab Bibi adalah seorang wanita berusia 42 tahun yang tinggal sebuah kawasan perkampungan berlokasi di Karachi, Pakistan. Dia mempunyai seorang anak perempuan berusia 17 bernama Sonia yakni hasil perkahwinannya yang terdahulu. Suami baru Zainab pula dikenali sebagai Ahmed Abbas. Menurut beberapa laporan, Ahmed Abbas adalah seorang guru sekolah di mana Sonia pernah menjadi anak muridnya.

    Diringkaskan ceritanya, Ahmed Abbas yang juga merupakan seorang kaki botol sering mengganggu dan cuba mencabul Zainab sewaktu dia dalam keadaan mabuk. Lebih memburukkan keadaan, Zainab dan Sonia juga selalu menerima makian daripada Ahmed Abbas. Tak cukup dengan itu, apa yang lebih menyakitkan hati Zainab adalah ugutan daripada Ahmed Abbas yang sentiasa mengugut untuk berkahwin dengan wanita lain jika dia tidak menuruti permintaannya. Keadaan tersebut terjadi pada hampir setiap hari. Dalam erti kata lain, berlaku secara berterusan. Sampai satu masa, Zainab yang sudah tidak tahan dengan keadaan itu tekad untuk membunuh Ahmed Abbas demi mempertahankan maruah diri dan anaknya.

    Maka kisah sebenar pun bermula pada 25 November 2011. Ahmed Abbas telah dibunuh oleh Zainab sewaktu dia sedang tidur dengan cara jerutan pada leher menggunakan tali. Ahmed Abbas waktu sebelumnya tertidur selepas meminum teh hidangan Zainab yang dicampurkan dengan ubat turut. Lagi mengerikan, mayat Ahmed Abbas kemudian dikerat halus kepada beberapa bahagian. Sesudah berbuat sedemikian, keratan daging mayat Ahmed Abbas yang siap dicincang itu telah dimasukkan ke dalam periuk untuk dibuat masakan kurma. Namun tujuan sebenar Zainab memasak daging mayat Ahmed Abbas tersebut adalah bagi tujuan penghapusan mayat, bukan untuk dimakan atau sebaliknya. Seperkara lagi harus diketahui, aksi masakan itu dilakukan oleh Zainab dengan bantuan anak saudara lelakinya iaitu Zaheer, 22 tahun. Ada juga serpihan daging mayat Ahmed Abbas yang telah disimpan di dalam bekas aluminium.

    Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua. Begitulah juga dengan nasib Zainab dan Zaheer. Rahsia gelap mereka berdua tersebut terbongkar jua selepas Behzad selaku pemilik rumah telah pergi memeriksa rumah Zainab. Pemeriksaan itu dibuat susulan aduan daripada jiran di sekeliling tentang bau busuk yang datang dari rumah Zainab. Menyedari bau busuk berkenaan berpunca dari dalam periuk masakan kurma Zainab, Behzad yang berasa curiga segera untuk membuat laporan polis. Setibanya pihak polis, mereka yang memeriksa di lokasi kejadian telah menemui serpihan daging mayat Ahmed Abbas di dalam periuk. Lain-lain penemuan merupakan barangan bukti penting pembunuhan seperti pisau pemotong daging, pisau dapur, tali dan rantai besi. Rentetan daripada perkara itu, Zainab dan Zaheer pun terus ditangkap oleh pihak polis.

    Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes, Zainab yang didapati bersalah telah dihukum penjara untuk seumur hidup. Begitu juga dengan Zaheer yang tidak jelas akan tempoh hukuman penjaranya. Dipetik daripada laporan Ary News semasa Zainab dalam penjara, dia memberitahu kepada wartawan,

    “Lebih baik aku membunuh suamiku terlebih dahulu sebelum dia dapat menyentuh anak perempuan aku.”

Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN AHMED ABBAS : Daging Manusia Masak Kurma"