KISAH PEMBUNUHAN KEJAM MADDY MIDDLETON
Kisah pembunuhan kejam ini berlaku pada tahun 2015 bertempat di Santa Cruz, Amerika Syarikat. Tahun tersebut, Maddy Middleton merupakan seorang budak perempuan berusia 8 tahun yang tinggal bersama dengan ibunya iaitu Laura Jordan. Maddy juga rapat dengan bapanya yang bernama Mike walaupun bapanya itu telah pun bercerai dengan ibunya. Maddy digambarkan sebagai seorang anak yang baik, periang dan mendengar kata orang tuanya. Dalam erti kata lain, Maddy bukanlah seorang budak yang nakal sama sekali.
Kisah sebenar bermula pada 26 Julai 2015 di mana petang hari
itu, Maddy telah keluar pergi bermain skuter seperti yang kebiasaan dia lakukan
pada hujung minggu. Namun apa yang berlaku kemudian, Maddy dilaporkan hilang
oleh ibunya selepas dia langsung tidak pulang ke rumah. Pihak polis enggan
mengklasifikasikan kehilangan Maddy sebagai kes penculikan kerana mereka tidak
mendapat sebarang petunjuk berhubung perkara tersebut. Tatkala pihak polis
termasuk pihak penduduk setempat sibuk melakukan operasi pencarian, ada seorang
remaja lelaki berusia 15 tahun yang dikenali sebagai Adrian Gonzalez dilihat
sentiasa ingin mengambil tahu perkembangan semasa tentang pencarian itu.
Mengenai Adrian, dia adalah jiran kepada Maddy yang gemar untuk bermain permainan Yoyo. Dia yang berperwatakan pendiam tidak mempunyai ramai kawan. Malah Adrian juga ada mengalami masalah kemurungan hingga dia mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri. Adrian pernah meluahkan perasaan tentang kesunyiannya serta pada masa sama sedih kerana tiada orang pun yang menyayanginya.
Berbalik dengan cerita Maddy, mayatnya yang sudah membusuk
telah ditemui dalam keadaan tidak lagi bernyawa pada 28 Julai 2015 di dalam
tong sampah kawasan bangunan apartment kediamannya. Sebaik saja Adrian mendapat
tahu tentang penemuan mayat Maddy tersebut, dia pergi ke lokasi berkenaan dan terus
cuba untuk melarikan diri dengan serta merta. Pihak polis yang menyedari
perkara itu dapat mengejar sebelum berjaya menangkap Adrian. Sewaktu Adrian
diiringi oleh pihak polis untuk dibawa ke balai, ibunya yang melihat situasi
penangkapan tersebut telah menjerit sambil menangis teresak-esak seolah-olah
tidak percaya dengan apa yang anaknya itu sudah lakukan.
Menerusi pengakuan daripada Adrian soal hari kejadian, dia mendakwa mengumpan Maddy untuk datang ke apartment kediamannya dengan umpanan ais krim. Sampai saja Maddy dalam apartment tersebut, dia telah diikat oleh Adrian dengan tali lalu dirogol. Setelah Adrian berasa puas berbuat sedemikian, maka dia pun mencekik Maddy sampai mati. Sesudah itu, mayat Maddy dibuang Adrian ke dalam tong sampah besar. Apa yang pasti, berita mengenai bahawa Adrian adalah pembunuh Maddy ternyata telah mengejutkan ramai pihak terutamanya penduduk setempat di kawasan apartment tersebut. Satu berita yang sememangnya sukar untuk dipercayai.
Semasa perbicaraan kes, Adrian langsung tidak menunjukkan sebarang tanda penyesalan mahupun membuat permohonan maaf atas pembunuhan yang dia telah lakukan. Adrian yang menerima pertuduhan melakukan pembunuhan peringkat pertama, penculikan dan lain-lain lagi pertuduhan kemudian membuat pengakuan bersalah dengan menerima rundingan pertuduhan. Motif pembunuhannya dipercayai kerana dia tidak mempunyai keberanian untuk membunuh diri. Perkara ini bermaksud, dia melepaskan niat bunuh dirinya sebelum itu kepada Maddy bagi melihat reaksi orang ramai terhadap perkara tersebut. Keputusan perbicaraan kes tahun menyaksikan Adrian yang dibicarakan sebagai pesalah di bawah umur telah dijatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun dengan dia berkemungkinan besar akan dibebaskan pada usianya 25 tahun kelak.
Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM MADDY MIDDLETON"