KISAH PEMBUNUHAN KEJAM MOLLY McLAREN
Pada tahun 2017, Molly McLaren adalah seorang wanita berusia
23 tahun yang belajar di Universiti of Kent, England dengan mengambil jurusan
kesihatan dan kecergasan. Molly digambarkan sebagai seorang wanita yang baik,
peramah dan begitu disenangi oleh orang di sekelilingnya. Dalam erti kata lain,
dia bukanlah seorang wanita yang bermasalah sama sekali. Walau bagaimanapun,
Molly mempunyai masalah gangguan makanan dan kegelisahan yang dia telah sejak
dari kecil lagi.
Diringkaskan ceritanya yakni pada musim panas tahun 2016, Molly
telah berkenalan dengan seorang lelaki pekerja gudang berusia 26 tahun iaitu
Joshua Stimpson atau lebih dikenali sebagai Josh melalui laman aplikasi Tinder.
Seperkara harus diketahui, Josh dikatakan ada mengidap yang sama seperti Molly.
Cuma pada masa sama, Josh turut menderita penyakit gangguan bipolar. Tidak lama
selepas perkenalan antara Molly dan Josh, mereka berdua akhirnya menjadi
pasangan kekasih. Hubungan tersebut bagaimanapun kurang dipersetujui oleh
Joanne memandangkan kedua-dua mereka bergelut dengan penyakit yang sama. Joanne
lebih mengenali anaknya. Jadi dia tahu tahap kemampuan Molly dalam mengawal
situasi yang boleh menyebabkannya tertekan.
Pada mulanya, hubungan Molly dan Josh berjalan dengan baik di mana karakter Josh adalah seorang teman lelaki yang penyayang dan sentiasa mengambil berat terhadap keadaan semasa pasangan. Namun lama-kelamaan, Josh telah mula menunjukkan perangai yang sebenar. Indah khabar daripada rupa. Josh sebenarnya merupakan seorang lelaki yang sangat obsesif, suka mengongkong dan sering cemburu tidak bertempat. Sebolehnya, dia ingin berkepit dengan Molly selama 24 jam sehari. Josh sentiasa mengikut Molly ke mana-mana tempat sehinggakan teman wanitanya itu tidak mempunyai masa untuk melakukan aktiviti bersendirian termasuklah mengulangkaji pelajaran. Pernah sekali semasa berparti, Josh menjadi sangat marah setelah melihat Molly menari dengan sepupunya sendiri.
Hanya beberapa bulan kemudian, Molly yang benar-benar sudah
tidak tahan dan rimas dengan Josh akhirnya tekad untuk memutuskan hubungan
mereka. Josh yang ternyata sukar menerima kenyataan perpisahan tersebut telah
memohon maaf kepada Molly dan meminta dirinya untuk diberikan peluang kedua untuk
memperbaiki hubungan. Jawapan Molly? Tiada peluang kedua, sudah terlambat. Bagi
Molly, dia harus meneruskan kehidupan dan percaya dirinya boleh mencari teman
lelaki yang lebih baik. Walaupun Josh menyedari dirinya sudah tidak lagi
mendapat tempat di hati Molly, dia tidak berhenti mengalah. Maka apa yang Josh
lakukan, dia telah menghendap dan mengganggu Molly secara berterusan di laman
media sosial. Sampai satu masa, Molly bertindak untuk menyekat akaun laman
media sosial Josh. Biarpun akaun laman media sosialnya disekat oleh Molly, Josh
telah menyuruh rakan kenalan wanitanya untuk melakukan aktiviti hendap itu. Seperkara
harus diketahui, Molly dan ibunya ada membuat laporan polis berkenaan dengan
gangguan daripada Josh tersebut. Pihak polis yang menerima laporan itu telah
memberikan amaran lisan kepada Josh melalui panggilan telefon.
Pada pagi 27 Jun 2018 bersamaan dengan hari kedua belas perpisahannya dengan Josh, Molly keluar dari rumah seorang diri untuk pergi ke sebuah pusat gim bagi menjalankan aktiviti senam. Apa yang membuatkan Molly tersentak sewaktu berada di gim tersebut adalah kemunculan Josh secara mengejut. Menerusi rakaman kamera litar tertutup di gim itu, Josh bersenam di sebelah Molly. Disebabkan berasa risau, Molly telah memaklumkan tentang kehadiran Josh tersebut kepada ibu dan rakannya melalui teks mesej telefon. Maklumbalas daripada Joanne dan rakan Molly, kedua-dua mereka menyuruh Molly untuk segera beredar pergi dari gim itu. Molly yang tidak melengahkan masa pun cepat-cepat berlalu pergi. Tanpa Molly sedari, Josh telah mengekorinya dari belakang.
Saat Molly memasuki keretanya di kawasan parkir, Josh tiba-tiba
muncul sebelum terus melompat masuk ke dalam keretanya. Molly yang sempat
menjerit dan menekan hon stereng kereta telah ditikam oleh Josh sebanyak 75
kali di tubuh badan sekaligus mengakibatkannya mati serta-merta di lokasi
kejadian. Orang awam yang menyaksikan insiden pembunuhan mengerikan tersebut
bergegas untuk menghubungi pihak polis.
Setibanya pihak polis di lokasi kejadian, mereka terus melakukan penangkapan terhadap Josh tanpa sebarang insiden perlawanan. Ada sumber yang mengatakan bahawa Josh telah tersenyum sewaktu dia ditangkap. Berhubung dengan perbicaraan kes, Josh pada awalnya membuat pengakuan tidak bersalah dengan alasan mempunyai penyakit kecelaruan personaliti. Alasan tersebut tidak cukup untuk mengelakkan Josh daripada didapati bersalah oleh pihak mahkmahah atas pertuduhan membunuh Molly. Rentetan daripada perkara itu, Josh telah dijatuhkan hukuman penjara untuk seumur hidup.
Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM MOLLY McLAREN"