Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN LATANIA JANELL CARWELL : Ibu Bapa dari Neraka

    Kisah pembunuhan ini berlaku di negara Amerika Syarikat pada tahun 2017. Tahun tersebut, LaTania Janell Carwell adalah seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang tinggal bersama dengan ibu kandung dan bapa tirinya iaitu Tanya Tripp dan Leon Tripp. Tiga beranak tersebut tinggal di Richmound Country, Augusta, Georgia. LaTania dikatakan sebagai anak yang baik dan mendengar kata kedua-dua orang tuanya. Dalam erti kata lain, LaTania bukanlah seorang yang bermasalah sama sekali.

    Kisah sebenar bermula pada 17 April 2017 yakni bersamaan dengan hari ulang tahun LaTania yang ke-16. Pada lewat malam hari tersebut, LaTania yang sedang tidur telah dikejutkan oleh Leon. Bapa tirinya itu membangunkan LaTania kerana ini meminjam telefon bagi tujuan membantu rakannya yang mengalami masalah kerosakan kereta di jalanan. Peminjaman telefon tersebut dibuat oleh Leon dengan dakwaan telefon pintar miliknya tidak mempunyai aplikasi teknologi peta paling terkini sekaligus menyukarkan dia untuk mengesan lokasi tempat kereta rakannya yang rosak. Bagi memudahkan urusan pada malam itu, Leon telah mengajak LaTania untuk menemaninya menuju ke lokasi yang berkenaan di mana perkara tersebut dipersetujui oleh LaTania.

    Apa yang berlaku kemudian selepas Leon dan LaTania keluar dari rumah pada malam tersebut, mereka berdua tidak langsung pulang rumah. Lebih memburukkan keadaan apabila kedua-dua mereka gagal untuk dihubungi. Perkara ini sekaligus menimbulkan kerisauan terhadap Tanya yang seterusnya pergi membuat laporan polis mengenai kehilangan suami dan anak perempuannya itu. Susulan laporan kehilangan tersebut, pihak polis tidak melengahkan masa mereka untuk memulakan operasi kejadian. Tanya yang kesedihan turut merayu kepada orang ramai secara siaran langsung di laman Facebook meminta agara LaTania dikembalikan ke pangkuannya.

    Hinggalah pada penghujung bulan April 2017, pihak polis telah menemui kereta milik Leon. Hasil pemeriksaan awal yang pihak polis lakukan, tiada sebarang unsur keraguan yang ditemui di dalam kereta itu. Cumanya pada waktu ini, pihak polis mula mencurigai Leon. Setelah siasatan dibuat secara lebih terperinci, Leon mempunyai rekod sebagai banduan atas kesalahan melakukan serangan dan kekasaran terhadap kanak-kanak. Pada masa sama, pihak polis juga menerima beberapa laporan saksi mengenai penampakan Leon yang dipercayai masih hidup. Sampai satu masa, berlaku satu plot twist di luar jangkaan. Lokasi Leon akhirnya dapat dikesan sebelum pihak polis berjaya melakukan penangkapan terhadapnya. Paling mengejutkan, seorang lagi yang ditangkap bersama Leon di kawasan terbabit adalah Tanya! Pada mulanya, Leon menerima pertuduhan melakukan penculikan terhadap LaTania manakala Tanya pula berdepan dengan tuduhan bersubahat.

    Mengenai LaTania, mayatnya hanya ditemui pada sekitar bulan Mac 2018 dalam sebuah tanah di kawasan hutan yang berlokasi kira-kira sebatu dari rumahnya. Penemuan mayat LaTania itu dibuat oleh seorang lelaki yang kebetulan sedang melakukan tinjauan tanah di lokasi tersebut. Rentetan daripada penemuan mayat itu, Leon dan Tanya telah menerima didakwa atas kesalahan melakukan pembunuhan terhdap LaTania. Tidak jelas dengan punca kematian LaTania. Begitu juga dengan motif pembunuhan LaTania yang masih tidak diketahui. Seperkara dapat dipastikan, Leon dan Tanya pernah cuba untuk pernah melakukan beberapa cubaan membunuh LaTania termasuklah menggunakan khidmat pembunuh upahan. Jika didapati bersalah, Leon bakal berdepan dengan hukuman mati.

Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN LATANIA JANELL CARWELL : Ibu Bapa dari Neraka"