Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PERJUANGAN DIANE PRANSKE

Diane Pranske

    Pada bulan September tahun 2015 bertempat di Lansing, Illinois, Amerika Syarikat, seorang wanita berusia 53 tahun iaitu Diane Pranske telah menutup bar tempatnya bekerja pada jam sekitar 10.30 malam. Selesai berbuat sedemikian, dia sempat menefon teman lelakinya yang bernama John Kawalec untuk memberitau tentang perancangannya untuk singgah di sebuah kedai runcit sebelum pulang ke rumah.

    Selepas Diane melakukan pembelian di kedai runcit itu, dia pun terus pulang ke rumah seperti yang dirancang. Namun apa yang berlaku kemudian yakni sewaktu Diane mengeluarkan barang runcit pembeliannya dari but kereta, tiba-tiba muncul seorang lelaki tidak dikenali berdiri di belakangnya sambil membawa tukul besar. Diane yang berada dalam ketakutan kemudian disuruh oleh lelaki tersebut untuk masuk ke dalam bahagian but keretanya sendiri. Lelaki itu seterusnya memandu kereta Diane menuju ke sebuah bank untuk mengeluarkan wang Diane melalui mesin ATM. Setelah mendapatkan wang milik Diane, kereta Diane dipandu lelaki tersebut menuju ke sebuah bangunan terbiar yang terletak di Porter, Indiana. Di situlah Diane dirogol, dicekik dan ditikam oleh lelaki itu. Lebih dahsyat, lelaki berkenaan telah menyimbah Diane dengan minyak petrol lalu dibakarnya secara hidup-hidup. Usai melakukan aksi kejam tersebut, lelaki itu pun beredar pergi.

Carleous Clay

    Bayangkan dalam keadaaan Diane yang marak dengan api tersebut, dia berguling di atas rumput supaya api kebakaran itu terpadam. Diane yang enggan untuk mengalah meskipun dalam keadaan kesakitan telah berjalan hingga akhirnya ditemui oleh orang awam yang seterusnya bertindak untuk membuat panggilan kecemasan. Maka Diane pun dibawa ke hospital untuk dirawat. Apa yang pasti, keadaan Diane sudah tidak sama seperti dulu. Dalam erti kata lain, dia menderita pelbagai jenis kecacatan kekal pada tubuh badan akibat serangan kejam tersebut.

Diane Pranske selepas serangan

    Pihak polis yang menerima makluman berhubung insiden serangan Diane itu segera melakukan siasatan secara terperinci. Menerusi semakan kamera litar tertutup, data telefon dan pencarian kereta Diane, pihak polis tidak mengambil masa lama untuk menangkap suspek yang dikenalpasti sebagai Carleous Clay. Carleous dan Diane dilaporkan tidak saling mengenali antara satu sama lain. Perkara ini bermaksud serangan yang Carleous lakukan tersebut adalah secara rawak. Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes, Carleous yang didapati bersalah atas pertuduhan melakukan penculikan, rompakan dan percubaan membunuh telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa sebarang parol.

    Sementara itu, Diane terpaksa menempuh penghujung kehidupannya dengan berkerusi roda. Dia bukan saja menjadi buta, bahkan mengalami kesukaran untuk bercakap serta terpaksa menjalani sesi terapi fizikal secara berterusan. Lagi menyedihkan, Diane tidak dapat untuk berjalan, makan dan minum tanpa sebarang bantuan. Mujur sajalah John Kawalec sanggup berhenti bekerja demi menjaga teman wanitanya itu. Perkara tersebut dilakukan John atas dasar cinta sejatinya terhadap Diane.

Diane Pranske dan John Kalawec

    Antara kata-kata Diane terhadap Carleous sewaktu di persidangan kes di mahkamah,

    “Walaupun hidup saya kini telah pun berubah dan memerlukan penjagaan 24 jam, awak tidak menghancurkan pun hidup saya kerana saya telah dihadiahkan hadiah paling terbaik iaitu cinta. Tahu tak, awak tidak menang. Saya masih hidup. Saya masih boleh beritahu tentang apa yang awak telah lakukan. Jadi, cinta menang.”

Catat Ulasan for "KISAH PERJUANGAN DIANE PRANSKE "