Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH ZHANG YONGMING : Pembunuh Berjiwa Kanibal

    Zhang Yongming merupakan seorang pembunuh bersiri kanibal dari negara China yang telah membunuh seramai 11 orang remaja lagi dari bulan Mac 2008 hingga bulan April 2011. Apa yang menakutkan tentang Zhang Yongming ini adalah dia menyiat kulit dan mengerat semua mangsa pembunuhannya untuk dimakan dan juga dijadikan sebagai makanan anjing. Apa yang lebih dahsyat, serpihan daging mayat itu turut dijual oleh Zhang Yongming kepada penjual daging pasaran tempatan dengan didakwanya sebagai daging burung unta.

    Tidak banyak yang diketahui latar belakang kehidupan Zhang Yongming. Namun setakat yang diketahui dengan sumber sahih, dia pernah diperintahkan untuk menjalani hukuman mati pada tahun 1979 atas kesalahan membunuh. Walau bagaimanapun, hukuman tersebut ditukar kepada hukuman penjara sebelum dia akhirnya dibebaskan pada tahun 1997 atas sebab yang tidak dapat untuk dipastikan. Zhang Yongming bahkan diberikan sebidang tanah dan elaun daripada kerajaan China bagi meneruskan kehidupan. Menurut kenyataan daripada penduduk sekampung, Zhang Yong Ming dikatakan seorang yang sangat pendiam dan kurang peramah.

    Kisah sebenar pada bulan Mei apabila seorang pemuda berusia 19 tahun yang dikenali sebagai Han Yao telah dilaporkan hilang oleh keluarganya. Kali terakhir dia dilihat adalah semasa berada di sebuah kawasan yang berdekatan dengan rumah Zhang Yongming. Apabila pihak polis meneliti siasatan secara lebih terperinci, mereka mendapati kawasan berkenaan adalah lokasi sama dengan beberapa orang mangsa yang telah hilang sejak dari lima tahun sebelumnya. Jadi pada bulan Mei 2012, pihak polis pun pergi melakukan pemeriksaan di rumah Zhang Yongming di mana mereka telah menemui kad pengenalan dan beberapa barangan peribadi lain milik Han Yao. Cuma apa yang lagi mengerikan adalah penemuan daging manusia yang sedang digantung bagi tujuan proses pengeringan, mata manusia dalam botol alkohol dan tulang manusia di kebun sayur-sayuran milik Zhang Yongming.  Susulan penemuan itu, Zhang Yongming pun terus ditangkap oleh pihak polis. Tidak lama selepas penangkapan tersebut,  Seramai 12 orang anggota polis yang dikenalpasti cuai dalam menjalankan tugas yakni mengabaikan kes laporan individu yang hilang di kampung telah dipecat.

    Berdasarkan bukti yang sedia ada, Zhang Yongming dipercayai telah membunuh seramai 11 orang mangsa dengan cara cekikan. Berkemungkinan besar juga jumlah mangsa pembunuhan Zhang Yongming adalah lebih daripada angka itu. Ada sumber yang mengatakan bahawa Zhang Yongming melakukan pembunuhan kanibal itu adalah kerana mengikut amalan yang pernah diamalkan dalam sejarah di China. Sepanjang tempoh perbicaraan kes, tiada sebarang raut penyesalan di wajah Zhang Yongming semasa di mahkamah. Malah dia juga kelihatan begitu tenang sekali. Pada 10 Januari 2013, Zhang Yongming akhirnya menjalani hukuman mati atas kesalahan jenayah pembunuhan berantai yang dia lakukan.

Catat Ulasan for "KISAH ZHANG YONGMING : Pembunuh Berjiwa Kanibal"