WANITA DIBUNUH BEKAS SUAMI KERANA INGIN KAHWIN LELAKI LAIN
INDONESIA – Seorang wanita bernama Shofia Heni Aprilliana yakni berusia 37 tahun telah dibunuh oleh bekas suami hanya kerana dia ingin berkahwin dengan lelaki lain. Kejadian pembunuhan ini dilaporkan berlaku di Desa Tulungrejo Kecamatan Trucuk Kabupaten Bojonegoro Jawa Timur.
Menerusi laporan media tempatan, motif pembunuhan mangsa
adalah disebabkan bekas suami mangsa iaitu Prima Ariatoni yang berusia 38 tahun
telah berasa cemburu selepas mendapat tahu tentang perkahwinan tersebut. Prima
dilaporkan membunuh Shofia dengan cara tikaman pisau di bahagian perut,
punggung dan tangan. Sesudah menikam Shofia sampai mati, Prima kemudian cuba
untuk membunuh diri menggunakan pisau yang sama dengan menusuk perutnya
sendiri. Percubaan bunuh diri itu bagaimanapun telah disedari oleh orang di
sekeliling yang seterusnya membawa Prima dan Shofia ke hospital bagi
mendapatkan rawatan. Shofia bagaimanapun disahkan meninggal dunia semasa
dirawat.
Mengenai kronologi kejadian, Prima telah datang ke tempat
kerja Shofia bagi mendapatkan penjelasan daripada mulut Shofia sendiri soal
perkahwinan berkenaan. Keadaan menjadi semakin di luar kawalan apabila mereka
berdua mula bertikam lidah. Hingga pada akhirnya, Prima yang sudah bagai
dirasuki syaitan telah bertindak untuk menikam Shofia. Berdasarkan kenyataan
semasa daripada pihak polis, mereka kini mengawal ketat kawasan bilik rawatan
Prima. Kawalan tersebut dilakukan supaya Prima tidak melarikan diri.
Catat Ulasan for "WANITA DIBUNUH BEKAS SUAMI KERANA INGIN KAHWIN LELAKI LAIN"