Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

7 FAKTA RINGKAS SALVADOR RAMOS, PENEMBAK DI UVALDE, TEXAS

    AMERIKA SYARIKAT - Pada hari ini, dunia dikejutkan dengan berita pembunuhan beramai-ramai secara tembakan rambang yang telah berlaku di Sekolah Rendah Robb, Uvalde, sebuah pekan kecil kira-kira sejam dari sempadan Mexico. Dalam insiden pembunuhan kejam tersebut, seramai 21 orang mangsa dilaporkan terkorban yakni 2 orang dewasa dan 19 orang kanak-kanak yang terdiri daripada murid berusia dari 7 hingga 10 tahun. Sementara itu, identiti penembak dikenal pasti sebagai Salvador Ramos, 18 tahun. Menerusi laporan media, Salvador telah mati ditembak oleh pasukan pihak polis yang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan. Buat masa sekarang, masih tidak jelas motif serangan tersebut.

    Berikut adalah 7 fakta ringkas mengenai Salvador.

    1. Masih Bersekolah

    Salvador yang berusia 18 tahun masih lagi bersekolah di sebuah sekolah menengah yang terletak kira-kira 130 kilometer dari rumahnya.

    2. Bekerja di Restoran Makanan Segera

    Salvador bekerja secara sambilan di restoran makanan segera iaitu Wendy’s sejak dari bulan Februari 2022 dengan jadual syifnya bekerja adalah dari pukul 11.00 pagi hingga 5.00 petang.

    3. Pendiam Tetapi Kasar

    Menurut rakan sekerjanya di restoran Wendy’s, Salvador memiliki perwatakan pendiam tetapi pada masa sama dia adalah seorang yang begitu kasar.

    4. Beli Senjata Api Semasa Hari Ulang Tahun Kelahiran

    Salvador dikatakan membeli senjata api pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-18. Senjata api tersebut telah dia gunakan untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai itu.

    5. Tembak Nenek Sendiri

    Sebelum kejadian berlaku, Salvador telah bertindak untuk menembak neneknya sendiri. Walau bagaimanapun, neneknya itu sempat diselamatkan oleh pihak polis sebelum dihantar ke hospital. Namun keadaan nenek Salvador kini masih berada dalam keadaan kritikal.

    6. Muat Turun Gambar Senjata Api di Laman Media Sosial

    Pada beberapa hari sebelum kejadian, Salvador telah memuat naik gambar senjata api di akaun laman Instagram miliknya yang menggunakan nama 'salv8dor'. Malah salah seorang rakan Salvador mendakwa bahawa dia ada menerima mesej bergambar daripada Salvador yang menunjukkan gambar senjata api dan beg galas yang penuh isi dengan peluru.

Antara mangsa terkorban

    Sekolah Rendah Robb mempunyai kira-kira 500 pelajar, kebanyakannya berbangsa Latin daripada golongan miskin. Insiden tembakan di Sekolah Rendah Robb ini juga telah menjadi salah satu peristiwa paling tragis di Amerika Syarikat. Presiden Amerika Syarikat, Joe Boden sudah mengarahkan supaya bendera diturunkan di separuh tiang sehingga matahari terbenam sehingga 28 Mei sebagai tanda memperingati tragedi itu. Insiden keganasan senjata api sudah membelenggu Amerika Syarikat sejak berdekad lamanya, terutama melibatkan pelajar dan sekolah.

Catat Ulasan for "7 FAKTA RINGKAS SALVADOR RAMOS, PENEMBAK DI UVALDE, TEXAS"