Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

BUNUH KEKASIH GELAP SUAMI

    INDONESIA – Pihak polis telah pun menangkap suspek utama kes pembunuhan Dini Nurdiani, 26 tahun. Suspek berkenaan dikenali sebagai Neneng Umaya (24 tahun) dengan motif pembunuhannya adalah kerana Dini menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. Dini yang juga merupakan seorang janda sebelum ini dilaporkan hilang di mana kali terakhirnya dilihat adalah sewaktu dia pergi berbuka puasa. Hanya selepas dua minggu kemudian yakni pada 13/5/2022, mayat Dini telah ditemui di Jatisampurna, Bakasi.

    Menurut kenyataan daripada pihak polis, pembunuhan Dini adalah pembunuhan terancang. Semuanya bermula apabila Neneng mendapat tahu tentang Dini yang telah menjadi kekasih gelap suaminya. Malah suaminya juga telah berjanji kepada Dini untuk menceraikan Neneng. Dini juga mengetahui mengenai status kekasihnya itu yang telah pun beristeri. Disebabkan berasa sakit hati kerana rumah tangganya diganggu, Neneng yang sudah mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan dengan suaminya itu pun tekad untuk membunuh Dini.

    Neneng kemudian menghantar teks Whatsapp kepada Dini menggunakan telefon suaminya. Perkara ini bermaksud Neneng menyamar sebagai suaminya. Dia telah mengajak Dini untuk pergi berbuka puasa bersama. Maka Neneng pun pergi menjemput Dini yang menunggu di sebuah stesen bas dengan menaiki motosika;. Dini pada waktu sebelumnya memang tidak pernah mengenali atau melihat wajah Neneng. Jadi pada hari kejadian tersebut, Neneng mengambil kesempatan itu untuk berlakon sebagai anak saudara suaminya. Pada masa sama, Neneng telah membawa peralatan yang digunakan pembunuhan iaitu spanar, pisau dapur dan gunting pemotong rumput.

    Selepas menjemput Dini, Neneng seterusnya menunggang motosikal tersebut sebelum berhenti di kawasan tanah lapang yang berhampiran dengan kawasan perumahan. Di situ, Neneng telah memukul kepala Dini sebanyak lima kali. Sesudah Dini terjatuh dari motosikal, dia terus ditikam oleh Neneng dengan pisau. Melihat Dini masih lagi kelihatan bernafas, Neneng sekali lagi aksi tikamannya. Setelah Dini mati, Neneng membuang semua peralatan pembunuhan di sekitar lokasi kejadian. Neneng turut sempat untuk menggantikan pakaiannya yang berlumuran dengan darah sebelum beredar pergi dari kawasan situ.

    Neneng dilaporkan telah ditangkap di rumahnya sendiri. Jika didapati bersalah, dia bakal menerima hukuman penjara selama 15 tahun. 

Catat Ulasan for "BUNUH KEKASIH GELAP SUAMI "