GADIS DIROGOL POLIS SELEPAS BUAT LAPORAN DIROGOL
INDIA – Seorang gadis remaja berusia 13 tahun berdepan
episod hitam di dalam hidupnya apabila menjadi mangsa rogol seorang pegawai
polis yang dikenali sebagai Tilakdhari Saroj. Gadis itu sebelumnya pergi ke
balai polis bagi membuat aduan tentang dirinya yang telah dirogol secara
berkumpulan.
Menerusi laporan media, bapa kepada gadis tersebut mendakwa
bahawa anaknya itu diumpan oleh empat orang lelaki sebelum dirogol selama empat
hari berturut-turut. Kejadian dilaporkan berlaku di Madhya Pradesh pada 22
April yang lalu. Selepas perogol tersebut berasa puas, mereka berempat kemudian
telah membawa si gadis itu pulang semula ke kampung halamannya. Hari
berikutnya, gadis tersebut pergi ke balai polis untuk membuat laporan dengan
ditemani oleh ibu saudaranya. Namun apa yang berlaku di balai polis itu, Saroj
telah merogol gadis tersebut di dalam sebuah bilik betul-betul di depan mata
ibu saudaranya.
Gadis itu seterusnya melaporkan perkara itu kepada sebuah badan NGO. Rentetan daripada perkara tersebut, pihak polis pun menangkap Saroj untuk siasatan lanjut. Buat masa sekarang, seramai enam orang individu sudah pun ditangkap. Penangkapan ini termasuklah empat orang individu yang dipercayai sebagai perogol gadis berkenaan. Sementara itu, semua kakitangan polis yang bertugas di balai pada hari kejadian telah digantung tugas dengan serta merta. Insiden rogol ini ternyata mencetuskan kemarahan orang ramai di negara India. Kejadian rogol sebegini seolah-olah tiada penghujungnya. Berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh World Vision India pada tahun 2017, kebanyakan wanita di sana telah menjadi mangsa cabul pada awal usia kehidupan mereka.
Catat Ulasan for "GADIS DIROGOL POLIS SELEPAS BUAT LAPORAN DIROGOL "