Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH BENAR DI SEBALIK FILEM KKN DI DESA PENARI

    Filem KKN di Desa Penari arahan Awi Suryadi terus menjadi bualan orang ramai sejak penayangan filem tersebut di Indonesia yang bermula pada 30 April 2022 lalu. Tidak sampai seminggu ditayangkan, filem seram berdasarkan kisah benar yang berlaku pada 13 tahun lepas ini telah pun mencapai sejuta penonton. Pada asalnya, filem KKN di Desa Penari dijadualkan untuk ditayangkan pada 19 Mac 2020. Walau bagaimanapun, tayangan tersebut terpaksa ditangguhkan berikutan kemunculan pandemik Covid19 pada awal bulan Mac 2020.

    Seperti diketahui, jalan cerita filem ini diangkar daripada bebenang laman Twitter pada tahun 2019 daripada sebuah akaun pengguna yang dikenali sebagai @SimpleM81378523. Menerusi bebenang yang telah menjadi tular itu, kisah seram KKN ini dikatakan dialami oleh enam orang mahasiswa universiti di sebuah desa terpencil berlokasi di Jawa dengan kejadian dikatakan berlaku pada tahun 2009.

    KKN di Desa Penari ini mengisahkan tentang enam orang mahasiswa bernama Nur, Widya, Ayu, Bima, Anton dan Wahyu yang melaksanakan tugasan semester akhir iaitu KKN (Kerja Kuliah Nyata / Projek Khidmat Masyarakat) di sebuah desa terpencil dengan nama lokasi sebenar dirahsiakan. Terdapat dua versi penceritaan KKN di Desa Penari iaitu daripada perspektif Nur dan Widya. Sejak dari awal lagi, Nur sudah pun mendapat petunjuk awal supaya dia membatalkan niatnya itu untuk memasuki desa tersebut.

    Sepanjang tempoh enam sekawan tersebut berada di desa itu, Nur dan Widya telah mengalami beberapa kejadian aneh seperti penampakan wanita cantik menari, wanita menyanyi, bunyi gamelan, kemunculan lembaga hitam bertanduk kerbau dengan mata berwarna merah dan beberapa lagi kejadian aneh yang sememangnya benar-benar menyeramkan. Hingga pada penghujung ceritanya, Bima telah meninggal dunia setelah 3 hari pulang dari desa tersebut. Tiga bulan berikutnya, giliran Ayu menghembuskan nafas terakhirnya. Bima dan Ayu kehilangan nyawa kerana telah melanggar satu pantang larang ketika berada di desa misteri itu. Malah selepas kematian Ayu, rohnya dikatakan masih lagi menari di desa tersebut untuk menebus kesalahannya.

    Tayangan filem KKN di Desa Penari sudah pun dimulakan pada 12 Mei 2022.

Catat Ulasan for "KISAH BENAR DI SEBALIK FILEM KKN DI DESA PENARI"